Life Is A Drama..

Logo KBBA

17 Mac 2018

Selepas 12 Tahun, Aku Tamatkan Segalanya

Google
Kali pertama aku dapat telefon bimbit,  12 tahun lepas.  Masa umur aku 15 tahun.  Itu pun sebab aku merajuk dengan abah aku sebab abah cuma beli telefon kat achik je.  Seminggu lepas tu baru abah beli telefon dekat aku.  Jangan mengata sebab masa tu baru nak up.  Hahahahaha... 

Sebelum ada telefon,  aku beli simkad je,  lepas tu tukar simkad dengan telefon akak aku.  Tukar pun sekejap-sekejap je sebab nak tengok ada mesej ke tak.  Tapi semua nombor tu tak pakai lama sebab tak ada duit nak topup.  Budak sekolah tak reti menyimpan sangat kan.  Hahaha... 

Bila abah beli telefon sekali dengan nombor 017 456 4736,  aku pakai sampai la tahun ni.  Nak tukar nombor dah malas sebab dah ramai tahu nombor tu dan aku tak perlu nak tukar-tukar simkad dengan handphone kakak aku.

So aku maintain je pakai nombor tu sampai tahun ni.  Pernah jugak aku beli nombor lain masa aku ada dua handphone,  tapi penat oo nak topup dua-dua nombor. 

Masa aku nak mula kerja dekat Damansara ni,  aku beli nombor baru, postpaid khas untuk nombor kerja dan nombor lama tu nombor personal.  Tapi tak lama sebab aku dah makin malas nak topup nombor tu.  Hahahaha... Sebab jarang pakai. Lagi pun macam rugi pulak. 

Jadi slow-slow aku abaikan nombor tu.  Semua group whatsapp yang aku rasakan penting,  aku dah tukar nombor yang aku pakai sekarang.  Yang lain-lain tu biarkan je la.

Semua kawan-kawan yang ada nombor lama aku,  aku dah maklumkan nombor baru aku.  
Sayang memang la sayang sebab dah 12 tahun pakai nombor tu,  tapi nak buat macam mana.  Keadaan tak mengizinkan.  

Mungkin masa akan datang,  aku kena asingkan nombor kerja dan nombor peribadi.  Mungkin la... 

Tiada ulasan: