Life Is A Drama..

Logo KBBA

15 Mac 2018

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dari Dlaila Food


Sejujurnya, aku bukanlah penggemar tempoyak walaupun aku ni hantu durian.  Kalau makan pun cuma patin masak tempoyak je.  Kalau tempoyak campur sambal belacan pun aku tak makan. 

Tapi segalanya berubah bila aku order Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai dari Dlaila.  Mulanya sekadar nak rasa sebab aku tengok macam sedap.  Jadi aku order la satu paket dari Kak Dila.  Masa aku on the way balik ke KL,  aku singgah ambil sebelum aku ke rumah Cik Tunang untuk hantar barang pesanan. 

Tiga hari jugak la aku biarkan dalam peti ais sebelum aku bawa ke pejabat untuk makan dengan member office aku. Bila dah beli nasi goreng untuk sarapan, terus aku panaskan sambal tempoyak tu sebab sejuk duduk dalam peti ais tiga hari. Bila bukak je,  bau tempoyak tu pun dah menyengat.  

Jadi,  aku pun ambil la satu sudu kecil untuk rasa dulu.  Iya la,  takut tak kena dengan selera aku.  Hahahaha.. Bila rasa,  wowww... Masam,  masin,  pedas semua lengkap.  Memang kena dengan selera aku, tambah lagi sebab pedas sebab aku ni suka makan pedas. 


Member-member office aku pun suka dan siap ada yang order lima paket lagi tau.  Dorang puji memang sedap gila.  Jadi,  aku pun apa lagi,  terus rodger Kak Saidila untuk order lagi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai. Tinggal nak pergi ambil je.  Heheheeh... 

Kalau korang nak rasa,  boleh rodger aku dan aku boleh tolong orderkan.  Kalau dekat,  aku boleh delivery kat korang.  Atau pun korang boleh ke Instagram Dlaila Food dan order sendiri.  Serius aku cakap,  memang sedap gila.

1 ulasan:

Sue Izza berkata...

memang sedap sambal ni bawa piknik or travel memang berbaloi