Selepas aku disahkan menghidap demam campak (skema gila ayat) dan tengah kemas-kemas barang dan serah tugas dekat office, macam-macam petua dan pantang larang aku dapat dari kakak-kakak tempat aku kerja.
Itu belum lagi bila aku sampai dekat kampung dan dari kawan-kawan aku yang tau aku kena demam campak. Hahahaha.... Antara pantang larang dan petua untuk orang kena demam campak yang aku terima antaranya :
1. Banyakkan minum air kelapa untuk keluarkan semua bisa demam campak.
2. Jangan kena hujan, nanti parut tak hilang (ini aku dah langgar sehari sebelum aku disahkan kena demam campak).
3. Mandi daun semambu (aku tak pasti untuk apa).
4. Jangan makan telur, udang, ketam dan sebagainya yang gatal.
5. Jangan makan kicap, takut dapat parut kekal.
6. Jangan picit air bisa dan tarik kuping-kuping demam campak tu, nanti berparut.
7. Jangan tengok cermin nanti berparut (aku tak faham petua ni, tapi bila aku tengok cermin, aku sendiri 'seram' dengan badan aku). Hahahahaa..
8. Selain minum air kelapa, sapukan jugak air kelapa dekat badan.
9. Tak boleh makan makanan bergoreng atau masuk dapur.
10. Tak boleh berkongsi pinggan, cawan dan apa-apa peralatan sehingga sihat sepenuhnya.
11. Bila demam campak dah kering, masa itu la boleh berjangkit.
12. Badan biar kena angin atau dalam kata lain, jangan pakai baju.
13. Nak bagi hilang parut guna kacang hijau....tumbuk halus pastu tempek kat muka mcm bedak sejuk...
0 Ulasan
Tinggalkan komen anda di sini...
Emoji