Life Is A Drama..

Logo KBBA

27 Mac 2018

Larikan Diri Dari Dunia Luar


Pernah tak korang fikir untuk lari sekejap dari tempat yang sibuk termasuklah dari media-media sosial ni? Aku kadang-kadang terfikir jugak untuk lari sekejap dari dunia luar ni.  Setiap hari menghadap benda yang sama,  bosan tambah stress ooo.. 

Kebetulan baru ni aku ke Padang Rengas bila diajak oleh kawan-kawan sepejabat untuk tidur di kawasan kebun.  Tidur khemah dan atas pangkin kayu.  Heaven weh... Tenang je rasa.  Tambah lagi dengan terputus terus dengan dunia luar sebab tak ada 'line'  telefon terus dekat sini.  Celcom boleh la dapat sikit-sikit.  Itu pun tengok jugak duduk kat mana.  



Tenang gila weh kat sini.  Tambah lagi ada sungai untuk mandi-mandi dan main air.  Untuk hiburkan diri,  ada la jugak sikit games untuk hilangkan stress.  Tapi game pun tak habis sebab semuanya sibuk nak berendam dalam sungai.  

Lepas tu makan durian pulak.  First time aku makan durian sampai hilang suara.  Mungkin sebab lepas makan tu terus mandi sungai,  sebab tu sama la kot.  Tapi orang lain okay pulak. 


Heaven weh walaupun cuma satu malam. Sebab bila tak dapat Whatsapp ke apa,  bosan jugak. Sebab dah terbiasa kan. Hahaahahah... Cukup la dapat lari sekejap dengan dunia luar untuk tenangkan fikiran yang stress dengan bermacam benda fikir dalam otak.  

Jenis aku,  aku memang suka benda yang berkaitan dengan air.  Sebab boleh berendam. Bila kena air,  terutamanya laut,  aku akan jadi ralit.  Betul-betul tenang dari semua benda. Tapi bila dah bersambung dengan dunia luar balik nanti,  tak tahu la macam mana kan... Hehehehe....

1 ulasan:

MisDiarios berkata...

setuju! kita mmg perlukan space utk tngkan diri..
follow sini #264