Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 Mac 2018

Kisah Yang Kita Inginkan


Bila sesuatu benda tu berlaku,  pasti ada sebabnya yang tersendiri.  Kita mesti tertanya-tanya kenapa semua tu terjadi.  Kadang-kadang kita sampai terlupa semua tu dah ditentukan oleh yang diatas sana. 

Tapi aku teringat satu firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 :

"Allah tidak akan mengubah nasib kaum seseorang, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada di dalam diri mereka."

Kalau perkara yang kita jangkakan itu akan memberi kesan buruk kepada kita,  apa kata kita cuba untuk mengubahnya dengan cara kita sendiri.  Mungkin tak mengikut 100 peratus cara yang kita inginkan,  tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk mengubahnya.  Sekurang-kurangnya kita dah cuba mengubah untuk menjadi seperti kisah yang kita inginkan.  

Kalau berlaku sesuatu yang kita rasa diluar kemampuan kita.  Ingat satu benda,  Allah takkan menguji sesuatu diluar kemampuan kita.  

Kisah yang kita inginkan mungkin tak sempurna,  pasti ada kekurangan dan cacat celanya.  Tapi tak salah untuk kita cuba mengubah dengan cara kita sendiri.  Kita sendiri yang berusaha untuk mengubah dan biarkan Yang Maha Esa menentukan kerana Dia adalah sebaik-baik penentu.

2 ulasan:

Asyiqin berkata...

semua yang terjadi ade hikmah yang tersembunyi :)

Dura Norell berkata...

BEtul tu, Allah SWT takkan menduga sesuatu di luar kemampuan hambaNya