Life Is A Drama..

Logo KBBA

24 Mac 2018

Kenapa Aku Tak Boleh?

Kadang bila aku tengok orang lain boleh buat sesuatu dengan penuh semangat untuk dapatkan apa yang dorang nak,  sejujurnya aku rasa cemburu.  Bukannya cemburu yang tak baik,  tapi cemburu dengan semangat dorang. 

Macam aku ni,  semangat tu ada,  tapi tak lama la walaupun aku dah ada aim aku sendiri.  Aku tak tahu kenapa perasaan MALAS tu kuat sangat dalam diri aku.  Setakat peringkat awal je yang aku rajin,  lepas tu,  hangat-hangat tahi ayam.  


Kadang-kadang tu bila dah lama tinggal,  nak mulakan balik tu cukup susah. Nak cari semangat tu yang payah. Kena paksa diri untuk buat,  kalau tak,  hanya mimpi je la.  

Sama macam aku buat Grab la contohnya.  Last aku buat dalam 20 Februari lepas.  Lepas tu aku stop agak lama sebab agak penat dengan kerja di pejabat dan blog.  Lepas tu dengan aku kena demam campak lagi, memang cuti lama aku dari buat Grab sedangkan itu salah satu cara aku nak cari income lebih.  Bila aku stop lama tu,  maksudnya income aku kurang la sikit.  

Bila fikir balik, stress jugak aku. Kena buang rasa malas ni.  Kalau diikutkan rasa malas ni,  memang tak ke mana aku.  Aku akan terus berada di takuk lama dan mungkin susah nak berkembang dan meningkat ke tahap seterusnya.  Insya Allah,  aku akan buang rasa malas ni... 

2 ulasan:

Dura Norell berkata...

Apa2 pun kena buang penyakit M tu dulu :)

CIKZACOM berkata...

Penyakit M tu kalau dah menguasai diri parahhh