Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 Mac 2018

Jatuh Cinta Dengan Lazz Susu Kambing


Bila dengar pasal susu kambing,  aku mula buat muka sebab aku bukanlah penggemar apa-apa jenis susu.  Tak kira la susu kambing ke,  lembu ke, memang aku kurang minum kecuali kalau betul-betul teringin, baru aku ke kedai runcit cari yang dalam kotak tu.  Tapi biasa la,  terlalu manis.

Bila aku tengok kawan-kawan blogger dari KBBA9 dok bercerita tentang Lazz Susu Kambing ni,  aku jadi teringin nak tahu, best ke susu kambing ni? Dalam otak aku dok terfikir mesti bau susu ni tak best sebab kosong. Tapi tak apa la,  aku kena cuba jugak.  Iya la kan,  tak kenal maka tak cinta.  Bila dah kenal,  terus jatuh cinta.  

Okay sampai je Lazz Susu Kambing ni kat office aku hari Jumaat, jadi  aku biar dulu sebab agak sibuk dengan macam-macam events.  Tapi hari Isnin tu,  masuk office,  aku terus bancuh Lazz Cafe.  Untuk pengetahuan korang,  aku jenis tak boleh minum minuman berkafein tinggi sebab boleh sakit kepala,  tambah-tambah lagi nescafe.  Mulanya aku takut jugak sakit kepala,  tapi tak apa la,  cuba je.

Pertama kali minum,  eih sedap pulak,  rasa lemak manis dan aku dapat rasa kandungan kafein tu tak tinggi sebab aku tak sakit kepala langsung lepas minum tu.  Sedar tak sedar,  habis secawan,  maksudnya apa? Sedap la kan.  

Esoknya pulak,  aku bancuh Lazz Susu Kambing dengan pracampuran kurma. Apa yang buat aku suka dengan Lazz Susu Kambing dengan pracampuran kurma ni,  dia tak manis sangat, tapi secukup rasa.  Ada rasa lemak dia,  ada rasa manis dia,  ada rasa kurma dia dan paling penting,  dapat bekalkan tenaga. Untuk pengetahuan korang jugak,  aku tak sempat nak bersarapan pagi tu tapi aku tak berasa lapar sebab tenaga yang dibekalkan oleh Lazz Susu Kambing ni.


Jadi, aku jugak rasa Lazz Susu Kambing ni jugak sesuai untuk orang yang dalam proses diet macam aku.  Iya la,  semakin dekat hari,  semakin kuat makan pulak,  iya lah,  stress fikir kan. Tapi sejak amalkan Lazz Susu Kambing ni,  makin kurang makan sebab perut terasa kenyang.   Jadi masa hari tu nanti,  lagi hensemlah aku kan.  Hehehehe. . 

Okay, sebelum aku cerita tentang kebaikan Lazz Susu Kambing ni,  untuk makluman korang,  Lazz Susu Kambing ni ada beberapa perasa macam coklat,  kopi, kurma,  dan asli.


Sekarang aku nak cerita sikit tentang Lazz Susu Kambing ni sikit :

1.Gula Sukrosa
Gula ini merupakan kombinasi antara glukosa dan fruktosa, kebiasaannya dalam nisbah 50:50. Ia lebih dikenali sebagai gula pasir yang dihasilkan daripada tebu atau bit gula (sugar beets) yang ditanam di seluruh dunia.

Apabila sukrosa ditambah ke dalam makanan, tubuh manusia perlu memprosesnya menggunakan kedua-dua kaedah. Glukosa akan terus ditukarkan menjadi tenaga manakala fruktosa pula akan diasingkan dan dihantar ke hati untuk diproses sebagai penyimpanan lemak.

Yang lebih menarik, tiada kandungan gula sukrosa  Lazz Susu Kambing Asli dan ini membuktikan Lazz Susu Kambing memberi kebaikan kepada pengguna.


2. Gula Laktosa
Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus. 

Dalam Lazz Susu Kambing adalah gula semulajadi dalam susu. Jumlah gula laktosa ialah 7.9 untuk 100 gram. 100 gram tersebut boleh digunakan untuk 5 kali bancuhan. Tak ada gula tambahan di dalam susu kambing. Ini menunjukkan Lazz Susu Kambing mengandungi kandungan gula yang rendah.

3. Vitamin C
Selain itu, di dalam Lazz Susu Kambing juga kaya dengan Vitamin C semulajadi di dalam susu. Seperti yang semua tahu, Vitamin C bagus untuk kulit.

Vitamin C telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan.


Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.

4. Vitamin E
Selain itu, terdapat juga Vitamin E di dalam Lazz Susu Kambing yang mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya ialah, mengekalkan kelembapan kulit membantu mengurangkan parut, agen pencerahan kulit, agen anti penuaan dan banyak lagi.

5. Analisis Dilakukan di UKM
Untuk memastikan Lazz Susu Kambing ini selamat diminum oleh orang ramai,  satu kajian telah dilakukan di UKM UNIPEQ untuk mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Lazz Susu Kambing ini.  Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat di dalam Lazz Susu Kambing bermanfaat kepada pengguna dan bebas dari penggunaan bahan-bahan yang membahayakan pengguna.

Okay,  bagi korang yang baru nak mencuba Lazz Susu Kambing ni,  ada beberapa pakej kombo untuk korang pilih mengikut keperluan.  Antaranya ialah :

Set Pasangan Ikhtiar Zuriat : Lazz Cafe + Lazz Kurma
Set Ibu Hamil : Lazz Choco + Lazz Kurma
Set Diet : Lazz Asli + Lazz Kurma
Set Kanak-Kanak : Lazz Asli + Lazz Choco



Kalau korang nak order,  senang je sebab Lazz Susu Kambing ni ada buat delivery.  Tak susah pun sebab tak sampai lima minit isi borang dah selesai. Korang boleh ke www.lazzdelivery.com.  Syarikat akan delivery secara Cash On Delivery (COD)  atau pos secara PERCUMA (ada terma dan syarat tau). 

Atau kalau korang ada pertanyaan nak tanya sebelum beli,  korang boleh bertanya di talian whatsapp atau talian hotline 1-800-88-5299 atau 06671 8550 atau 018 2777290.


Instagram : Lazz Susu Kambing

Facebook : Lazz Susu Kambing

5 ulasan:

Lisa Nurulain berkata...

yep.. sedap je susu ni .. tak hamis . lisa suka shake.. rasa lagi sekata

YB Shehan berkata...

nak repeat lah..

azlina ina berkata...

wow..ibu mengandung pun bole minum ya? bestlah. tak panas ya..

noorhaidaz eyda berkata...

Ramai kata susu ni sedappp... kena cuba ni

mas saari berkata...

Lazz Cafe tu menarik, boleh belikan kat husband sebab dia penggemar kopi.