Life Is A Drama..

Logo KBBA

31 Mac 2018

Dunia Bukan Tentang Kita Semata-mata

Aku yakin,  dalam ramai-ramai kawan kita,  mesti ada yang hanya suka bercerita tentang diri dia semata-mata.  Cerita orang lain? Langsung dia tak nak dengar,  atau kalau dengar pun,  cuma sekejap dan kemudian terus pusing ke cerita dia semula. 


Selama aku hidup ni la kan,  dan selama aku pandai berkawan,  ada ja aku jumpa yang hanya suka bercerita tentang diri dia ja.  Tentang kawan-kawan lain dia tak nak ambil kisah walaupun sikit. Itu dah biasa. 


Dan yang bestnya,  ada yang jenis tak nak mengalah.  Hanya dia ja hebat dan tak ada orang yang boleh kalahkan dia.  Contohnya,  aku cerita yang aku pernah pergi London seminggu,  eih dia cakap dia pernah duduk kat London sebulan.  Aku cakap aku naik Airbus A380 business class,  eih tiba-tiba dia pernah naik Airbus A380 First Class.  Senang kata,  hanya dia yang paling hebat antara semua kawan-kawan aku.  Walaupun hakikatnya,  mungkin tu cuma penipuan semata-mata. 


Cara aku bila jumpa dengan orang yang macam ni.  Aku layankan ja,  nak percaya? Sangat susah sebab aku tahu,  benda yang keluar dari mulut dia belum tentu lagi betul. 


Dalam hidup ni,  bukan hanya tentang diri kita semata-mata. Ada ramai lagi kawan-kawan kita yang lebih hebat dari kita.  Kalau betul kita pernah 'lebih' dari kawan kita tu,  kita dengar je la.  Sebab orang tengah excited nak cerita pengalaman dan masalah.  Cukup kita pinjamkan telinga untuk mendengar walaupun kita tak suka dan apa yang kita alami tu,  lebih dari kawan-kawan kita.  Bila dah habis dengar,  baru kita cerita tentang pengalaman kita, atau diamkan ja. Orang lain happy, kita pun tumpang happy.

Tiada ulasan: