Life Is A Drama..

Logo KBBA

07 Mac 2018

Bila Kena Demam Campak


Orang cakap,  paling tidak pun,  sekali seumur hidup akan kena demam campak atau bahasa orang putihnya,  Chickenpox.  Aku tak tahu apa kaitan ayam dengan tubuh badan manusia.  Musykil di situ.  

Okay,  selama 27 tahun aku hidup,  aku tak pernah kena demam campak pun.  Adik beradik aku pernah dah seingat aku masa sekolah dulu.  Cuma aku je yang selalu terlambat.  Iya la,  aku la yang selalunya pecah rekod dalam family aku.  Hehehehe... 

Puncanya,  minggu lepas aku dah mula tak sedap badan bila tengok ada bintik-bintik air bisa mula naik dekat badan dan kepala aku.  Mulanya aku ingat sebab alergik dengan mask aloe vera yang Cik Tunang bagi dekat aku atau allergik ubat gastrik yang aku ambil sehari dua sebelum tu.  So aku ignore je la.


Tapi hari Rabu tu,  makin banyak pulak naik air bisa tu dekat muka dan badan.  Aku pulak bukan main seronok lagi picit yang naik dekat badan.  Sebab yang kat muka,  naik macam jerawat hehehehe.  Member sepejabat aku cakap mungkin aku kena demam campak bila dia tengok muka aku semacam tapi aku nafikan.  Malam tu pun aku hantar gambar air bisa tu dekat cik tunang dan kakak aku,  dorang pun cakap tu demam campak.  Aku dah cuak dan tension sebab aku ada event hari Sabtu tu.  Mampus... Dalam masa yang sama,  aku nafikan dakwaan dorang tu semua.  Hahahaha. Kerja punya pasal sebab tak nak tinggal.
Mulanya aku ingatkan allergik sebab
pakai mask ni... 
Tapi Khamis tu terpaksa jugak la aku gagahkan diri ke klinik dan aku disahkan oleh pakar perubatan bahawa aku menghidap chickenpox atau bahasa kampungnya adalah demam campak serta diberi cuti sakit selama 10 hari.  

Dah diberi cuti aku tengah fikir nak balik kampung ke tak sebab fikir event hari Sabtu tu.  Memandangkan doktor cakap kemuncak demam campak ni pada hari Sabtu dan Ahad  jadi aku serahkan tugas-tugas aku dekat member sepejabat untuk event hari Sabtu tu.  Aku pun terus balik kampung naik kereta.  Berhenti sekejap kat Tapah untuk isi minyak dan Touch N Go je.  

Rupanya,  aku ambil keputusan yang tepat untuk balik ke kampung sebab Jumaat tu,  aku memang tak boleh bangun langsung sebab tu kemuncak dia.  Bangun nak mandi dan makan pun tak larat weh.  Gagahkan diri je untuk bangun dan makan sikit sebab nak makan ubat,  lepas tu tidur sepanjang hari.  Sakit sendi semua ada.  Badan jadi letih. Mungkin penangan dari minum air kelapa dan mandi daun semambu malam tu kot...


Lepas dari hari Jumaat tu sampai story di tulis,  baru la ada tenaga balik slow - slow.  Sekarang ni cuma tinggal kering je bekas-bekas demam campak ni.  Ada la beberapa pantang yang aku langgar.  Hehehehe... Nanti aku cerita okay. 

Buat kawan-kawan yang mendoakan,  terima kasih banyak-banyak ye.  Malu pulak sebab dah tua-tua baru nak kena demam campak.  Hahahahaha... 

1 ulasan:

Hans berkata...

semoga cepat sembuh
memang kalau kena rasa letih macam mana entah