Life Is A Drama..

Logo KBBA

18 Mac 2018

Berbuka Puasa Di Double Tree By Hilton


Pejam celik, pejam celik, bulan lima ni dah nak puasa dah. Rasa macam kejap sangat masa berjalan. Macam baru sangat je sambut raya. Tengok-tengok dah nak puasa dah. 
Baru-baru ni, aku dan rakan-rakan blogger dari KBBA9 dijemput untuk merasai makanan yang akan disajikan semasa bulan Ramadhan nanti dekat Makan Kitchen, Double Tree by Hilton dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur. First time sebenarnya aku datang sini. 

Masuk je Makan Kitchen dekat tingkat 11, aku terus suka sebab suasana yang cantik dan luas. Kiranya yang berkeluarga dan ada anak kecil tu, tak risau sangat la. Kawan aku ada bawak anak kecil, dia tak meragam pun sepanjang kami makan dekat situ. Lepas tu, dapat pulak meja tepi tingkap, terus dapat tengok suasana malam sekitar Kuala Lumpur. 

Okay, untuk bulan Ramadhan ni, Makan Kitchen menyediakan konsep 'Pasar Malam' sepanjang Ramadhan nanti. Jadi memang banyak la pilihan makanan yang dah tentu-tentu kena dengan selera kita. Apa yang aku suka, makanan yang aku selalu beli dekat pasar malam, boleh kata kebanyakkannya ada dekat Makan Kitchen ni. 




Apa yang aku suka lagi, terdapat beberapa bahagian makanan dekat Makan Kitchen ni termasuk makanan tradisional, makanan ala India dan makanan ala Cina. Untuk masakan tradisional Melayu, dorang perkenalkan konsep 'Masakan Ibunda'. Jadi yang tak dapat balik kampung berbuka puasa tu dan rindu masakan ibu, boleh la ke sini.Tambah lagi dengan suasana pasar malam. Mesti lagi meriah masa berbuka puasa nanti.

Untuk tahun ni, Makan Kitchen turut sediakan makanan yang memang menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia macam Sup Kawah Meletop, Char Kwe Tiaw Basah, Ayam Penyet Berlada, Apam Balik dan dah tentu, kambing golek yang memang menjadi rebutan kalau waktu berbuka puasa. 





Selain tu, ada jugak menu-menu lain macam pelbagai jenis kerabu, ulam-ulam kuih-kuih dan jugak pencuci mulut.

Bagi aku yang dah merasai hampir kesemua makanan dekat sini, memang woww la.. Sedap dan kena dengan selera aku sebagai orang yang kuat makan. Tapi favorite aku sepanjang aku makan kat situ, Ikan masak asam pedas, rendang peha kambing, kari daging kentang dan sotong tumis kunyit. Sate tu memang dah favorite aku.

Makanan-makanan lain dekat sini pun memang sedap gila sebab aku tengok kawan-kawan aku siap ada yang ulang ambik banyak kali. Hehehehe...





Untuk yang ada anak kecil pulak, korang jangan risau, banyak je pilihan untuk budak-budak. Bab pencuci mulut tu memang tak boleh kata apa la. Terlalu banyak pilihan dan sedap-sedap.

Okay, kalau korang ada rancangan nak berbuka puasa dekat sini, aku senaraikan harga dia :

17 Mei - 23 Mei 2018 : Bermula dari RM148 nett
24 Mei - 7 Jun 2018 : Bermula dari RM158 nett
8 Jun - 14 Jun 2018: Bermula dari RM128 nett

TAPI!!! Kalau korang nak dapat harga yang lagi murah, korang boleh book awal bermula dari 15 April hingga 15 Mei ni dengan harga bermula dari RM128 nett.

Aku yakin korang takkan menyesal kalau ke sini. Hehehehe...


10 ulasan:

MisDiarios berkata...

menariknyaaaa tak sabar nak jumpa ramadhan

Mama Kembar 3 berkata...

Memang sedap sedap! Sate best, chat kuey teow sedap, lai chee kang sedap sangat

Julia Johari berkata...

Mulai 8 jun tu murah sikit berbaloi ni nak pi makan dengan suami dan anak tercinta...tq fir kongsikan..nak tanda kat kalender siap2.

Izyan Balqis berkata...

adehhh, kecur air liur dibuatnya,...sedap nau!

Nina Mirza berkata...

Wah. ... Menu menarik tertarik laaa... Terliur nengok nya. Fir, lanjer kak nina promosi awal tu... Hehee

mas saari berkata...

Suka konsep gerai camtu, takdelah berebut nak ambil makanan.

azni berkata...

ehh .. eh.. lawa laaa tangan i tu kaaan... hahahahha

Lisa Nurulain berkata...

menyelerakan sungguh... mohon fir belanja lisa please

mOoN IzzaN berkata...

Konsep menarik.. sedapnya menuuu tu

8 Tricks Millennials Can Learn Save Money

qaseh dalia berkata...

Patut la makin bambam :p