12 Februari 2018

Tentang AJL32 2018


TV3 Malaysia 
  • Opening yang gempak dan bertenaga dari Stacy dengan tiga lagu rancak,  Aku Stacy,  Bosan dan Pakai Buang
  • Tema AJL 32 adalah Fesyen dan Muzik dan trofi AJL disuntik dengan elemen fesyen oleh Rizman Ruzaini
  • Persembahan pembukaan oleh Syamel dengan lagu Lebih Sempurna simple tapi tak ada wow factor.  Vokal bagi aku dah cukup mantap. 
  • Azmi Caliph Busker menggantikan Faizal Tahir untuk lagu Sejati. Persembahan yang bagi aku cukup baik dengan permulaan persembahan ada sedikit suntikan emosi. 
    TV3 Malaysia 
  • Hazama dengan lagu Aku Yang Sebenar. Kelainan pada persembahan Hazama dan aku suka dengan gaya persembahan Hazama di pentas AJL kali ni.  Ditambah dengan make-up.  Vokal aku rasa biasa-biasa ja. 
  • Wany Hasrita. Bagi aku make-up agak tebal dan ada drama di awal persembahan.  Dah biasa.  Suara di awal persembahan agak gementar,  mungkin sebab pertama kali beraksi di pentas besar AJL.  Baju yang aku rasa akan di troll sebab bagi aku tak cantik. Persembahan biasa ja  
  • Untuk persembahan Hael Husaini aku bagi pujian.  Ada wow dalam persembahan dia.  Even aku tengok di TV,  aku dapat rasa feel atas stage tu.  Cuma maybe susah nak tengok Hael menyanyi atas platform tu sebab warna baju dan background lebih kurang sama.  So tercari-cari sikit.  Mungkin nak selitkan elemen 'jampi'  dalam persembahan. 
    TV3 Malaysia
  • Aku bagi 'WOW'  pada persembahan Salma untuk.  Jujurnya aku jarang dengar lagu Akhirnya Cinta.  Tapi untuk AJL,  vokal dia mantap aku rasa dan suara dia sedap gila.  Dengan ada kain yang tunjukkan pemuzik di sebalik kain tu,  memang kelainan pada persembahan,  mengingatkan aku pada persembahan Alyah di pentas AJL29 untuk lagu Sesal Separuh Nyawa. 
  • No doubt for Dayang Nurfaizah dengan lagu Separuh Mati Ku Bercinta.  Persembahan memang mantap sebab lagu slow.  Cuma dari segi vokal,  kurang umphh. Baju ringkas tapi cantik.  
  • Syamel &  Ernie Zakri dengan lagu Aku Cinta.  Baju Ernie cantik gila.  Vokal untuk dua orang ni memang mantap ditambah dengan okestra untuk lagu ni,  jadikan lagu ni bertambah sedap.  Ada elemen magis dan broadway (aku rasa) dalam persembahan.  Aku suka dengan koir dalam persembahan.  Perfect dan dapat standing ovation.  WOWWWW!!!
  • Altimet lagu Amboi.  This is concert.  Aku suka dengan persembahan santai.  Dan ada dikir barat. Aku terhibur.  Another standing ovation.  
    TV3 Malaysia
  • Mungkin sebab tak sihat,  suara Ara agak lain masa menyanyi lagu Warkah Untukku.  Nampak dia terlalu 'memaksa' ketika menyanyi.  Persembahan biasa dan ada kejutan di penghujung persembahan.  
  • Persembahan Khai Bahar dengan lagu Bayang.  Pakaian dia macam errr. Ada elemen api tu aku rasa tiru macam Faizal Tahir beberapa tahun lepas.  Persembahan yang bagi aku biasa ja.  
  • Aku rasa ramai yang tunggu persembahan Haqiem Rusli dengan lagu Tergantung Sepi.  Well, good job.  Kelainan dengan diiringi orang kelainan upaya.  Walaupun ada perubahan di akhir lagu,  still tak mencacatkan persembahan dan vokal yang ditunjukkan mantap.  Lagi pun,  lagu ni memang tinggi. 
  • Barisan juri untuk AJL 32 adalah Datuk Mokhzani,  Dato Wah Idris,  Helen Yap,  Datuk Ramli Sarip,  Pak Ngah,  Sharon Paul, Faizul Uzir,  Edrie Hashim, Aizat Hamdan, Ketua Juri Azmeer. 
  • Pengacara yang tak membosankan. Memang terhibur aku tengok walaupun dekat rumah.  
    TV3 Malaysia
  • Persembahan penutup oleh Datuk A Rahman Hassan,  Datuk Awie,  Datuk Jeffrydin dan Siti Sarah.  Semuanya lagu-lagu lama.  Menghiburkan.  


Keputusan Penuh AJL32 :-

JUARA : Hael Husaini / Jampi

Naib Juara : Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir) / Sejati

Tempat Ketiga : Haqiem Rusli / Tergantung Sepi

Vokal Terbaik : Syamel &  Ernie Zakri /Aku Cinta

Persembahan Terbaik : Altimet / Amboi

Penyanyi Pilihan Samsung : Khai Bahar / Bayang


Nota : Sekadar pandangan peribadi aku yang tak tahu sangat tentang muzik.  Kredit gambar pada Facebook TV3 Malaysia.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan