Life Is A Drama..

Logo KBBA

04 Februari 2018

Satu Kepuasan Bila...


Bila kita lakukan sesuatu yang kita suka,  memang jadi satu kepuasan buat diri sendiri walaupun benda yang kita buat tu sekecil benda.  Bila kita dah cuba sehabis baik dan kita berpuas hati dengan hasilnya,  orang cakap apa pun kita dah tak kisah. 

Ditambah dengan pertolongan orang lain dan sama-sama buat,  lagi la kita berpuas hati sebab hasil darsi sesuatu tu,  dibuat secara bersama dan masing-masing tahu tanggungjawab yang dah diamanahkan.

Bukan mengharapkan sebarang pujian,  tapi bila kita lakukan sesuatu tu kerana tanggungjawab,  kita akan rasa gembira dan tak kisah pun walaupun penat.

Tapi biasa la,  mana ada yang sempurna dalam dunia ni.  Mesti ada jugak kekurangan serba sikit.  Tapi sepatutnya kekurangan tu tak perlu dijadikan sesuatu yang boleh patahkan semangat untuk buat yang lebih baik di masa akan datang.  Ambil kekurangan tu untuk jadikan sebagai pembakar semangat dan tambah baik untuk yang akan datang.  Insya Allah,  semuanya akan bertambah baik.

Tiada ulasan: