Life Is A Drama..

Logo KBBA

21 Februari 2018

Pulau Pinang Adalah Syurga Makanan


Sebut ja Pulau Pinang,  apa yang terlintas kat fikiran korang? Mesti semua duk nampak dalam fikiran Jambatan Pulau Pinang,  Batu Feringghi,  Bukit Bendera dengan Padang Kota.  Itu dah lokasi wajib kalau korang datang ke Penang. 

Selama dua tahun setengah aku duduk dekat Penang,  dari tahun 2009 sampai 2012, memang banyak kedai makan yang sedap-sedap. Kalau dekat area Permatang Pauh tu,  memang banyak kedai jugak la aku pergi makan.  Tapi dekat pulau,  aku jarang.



Tapi kan,  Penang memang dikenali sebagai syurga makanan. Banyak kedai-kedai yang famous dekat sana.  Nasi kandar dah tentu dah signature dish dengan Penang.  Macam-macam kedai yang famous.  Nasi kandar line clear,  pokok ketapang,  deen maju,  nasi kandar beratuq,  nasi ganja semua la.  Nak yang mahal ada,  yang murah pun ada.  Selama aku kat Penang,  ada la merasa satu dua kedai yang memang famous. Setiap kedai ada kelebihan dan peminat tersendiri. 

Lain dari tu,  pasembor,  mee sotong,  laksa penang jugak famous dekat Penang.  Kalau pergi Penang tapi tak rasa salah satu menu wajib tu,  tak lengkap la percutian korang kat Penang tu.  


Kalau ke Penang,  aku lebih suka tanya kawan-kawan orang Penang untuk try makanan yang famous,  tambah lagi kalau nasi kandar.  Kadang kedai yangg tak famous ni lagi sedap dark yang famous.  Iya la,  bila dah famous,  selalunya kualiti makanan tu dah kurang.  Tapi tak semua la.  Heheheh... 

Kalau tak silap aku,  laksa Penang disenarai sebagai salah satu dari makanan terbaik di Asia.  Kalau tak silap la,  kalau silap,  maafkan aku.  Hehehehe...


Bagi aku,  buat masa ni cuma Penang ja yang mampu buat aku tertarik dengan semua makanan yang ada.  Tempat lain,  kureng sikit...

Tiada ulasan: