Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 Februari 2018

Kenapa Pasang Waze Di Lebuhraya?



Sebelum ni,  kalau aku balik kampung atau ke mana-mana guna lebuhraya dan aku drive,  aku jarang bukak Waze sebab dah tahu tempat yang aku nak pergi.  Bila dah sampai bandar tu,  baru aku bukak Waze untuk tengok jalan. 

Kalau aku jadi co-pilot pulak,  kadang-kadang ja aku bukak Waze untuk tengok jalan jammed ke tak dan lepas tu,  tutup.  Itu pun kadang-kadang ja sebab aku lebih suka tengok Twitter Plus Trafik sebab situ lagi cepat update untuk tengok jalan jammed ke tak. 

Tiap kali aku bukak Waze atas highway,  aku tengok ramai jugak la yang tengah on Waze ni.  Aku pelik kenapa dorang bukak Waze sedangkan jalan tu memang lurus je,  kecuali kalau dah keluar dari highway la.  Tapi,  hari ni baru aku tahu kenapa.  Hehehehe... 

Itu pun sebab kawan aku yang buka masa nak ke Penang, Khamis lepas.  Aku ingatkan dia nak tengok berapa lama nak sampai ke Penang,  rupanya ada sebab lain sama. Sebab nak tengok AES dan speedtrap sepanjang highway tu.  Iya la,  kadang kita tak perasan pun yang dah overlimit.  Macam aku jugak la drive ke Penang dan drive balik ke KL... Tak perasan pun overlimit. Tapi dah pasang Waze,  dekat spot-spot yang ada AES dengan speedtrap,  sempat la aku slowkan kereta. Iya la,  dah penat,  jalan pun clear sikit,  tak perasan tertekan minyak lebih. Tak ada laju sangat. Lebih sikit je.  

Jangan ikut perangai aku ni,  yang penting jaga keselamatan diri sendiri dan ingat yang tersayang. Patuhi undang-undang jalan raya.  Bukan keselamatan pun terjaga,  duit pun jimat... Hehehehe

Tiada ulasan: