Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Februari 2018

Hard Rock Hotel Penang


Just a simple update sebab aku tak banyak sangat explore fasiliti dekat hotel ni.  Hehehehe...  Awal bulan hari tu,  aku dan geng pejabat aku ke Penang untuk bercuti.  Dan kami ke Escape Adventure Park dekat Teluk Bahang dan kami semua tidur dekat Hard Rock Hotel Penang dekat Batu Feringghi. 

Disebabkan kami sampai pun dah pukul 8 malam lebih,  jadi tak sempat pun nak explore hotel ni sangat.  Sampai je,  terus check in sebab malam tu nak keluar meronda kawasan night market.  


Bilik selesa gila sebab luas dan bilik air pun memuaskan. Iya la,  hotel lima bintang dan banyak branch kan.  So kualiti nak kena jaga.  Kena standard semua,  kalau tak,  susah sikit la.  

Bila breakfast,  aku suka jugak sebab makanan banyak pilihan  dan dah tentu-tentu la sedap.  Disebabkan kami check in Khamis,  so masa breakfast hari Jumaat tu,  tak ramai sangat orang.  Hehehe... 

Bagi aku,  siapa yang menginap dekat HRC Penang ni memang pilihan yang tepat la.  Walaupun mahal sikit,  tapi berbaloi.  Bilik selesa,  dekat dengan night market Batu Feringghi,  swimming pool dia besar gila, makanan sedap dan parking pun senang.


Dan di saat orang lain dah banyak tshirt HRC,  aku baru dapat sehelai.  Itu pun nasib dibelanja. Hahahaha.  Nasib la aku bukan jenis yang suka kumpul tshirt-tshirt ni.  Kalau novel ye la.  Hehehehe.


Tiada ulasan: