Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Februari 2018

Habis 1 Drama Dalam Bas

Fuhhh.... Lapan jam duk mereput dalam bas, dapat jugak aku habiskan setengah dari 16 episod drama Mr London Ms Langkawi. Itu pun sebab jalan sesak gila.  Kalau tak sesak,  aku tak rasa yang aku akan tengok drama ni. Hahahaha... 


Aku rasa aku boleh habiskan semua episod dalam tempoh lapan jam tu.  Tapi disebabkan ada sesetengah kawasan line tak kuat,  so ada stuck sikit masa tengok tu.  Lagi pun kena stop-stop kejap sebab nak layan group whatsapp semua.  

Saja la aku balik kampung naik bas masa raya Cina ni.  Sebab kalau naik kereta,  lagi penat.  Tapi tak sangka pulak aku,  balik lewat sehari pun jalan jammed teruk.  Perjalanan yang patutnya empat jam,  jadi lapan jam.  Itu pun baru sampai TBS,  tak termasuk nak balik ke Damansara Perdana lagi.  Paling tidak, tengah malam baru sampai rumah sewa.  Esok kerja lagi... 

Nasib la data aku banyak gila.  So dapat la layan drama dengan video-video dekat internet ni.  Kalau tak,  mati kutu jugak aku dengar lagu-lagu dalam fon.  

Ingatkan bila balik lewat sehari,  jalan tak jammed sangat.  Rupanya lebih kurang ja.  Baru ingat boleh rehat kalau sampai awal.  Ni nampak gayanya memang tak rehat la.  Sampai rumah,  selesai apa yang patut,  then terus tidur.  Esok kerja macam biasa.

1 ulasan:

Yulia Fajrin berkata...

huish! guna line apa sampai boleh tengok online sampai 8 jam tu?Hahahahah!