Life Is A Drama..

Logo KBBA

25 Februari 2018

Facebook Boleh Baca Fikiran Pengguna?

Baru ni viral tentang seorang pengguna yang cakap Facebook ni boleh baca fikiran penggunanya.  Bukan baca fikiran la,  cuma apa yang kita bincangkan dekat Whatsapp atau social media lain, atau fikirkan,  Facebook ni boleh detect.  Sama la kan?




Mulanya aku macam tak berapa percaya.  Iya la,  zaman sekarang ni nak percaya benda yang viral ni susah sikit.  Tapi bila aku fikir-fikir balik dan aku alami sendiri,  eih,  macam betul ja.  

Contohnya,  macam sekarang ni aku tengah sibuk bincang pasal perubahan status aku dalam tahun ni dengan family aku. Kebanyakannya bincang dekat Whatsapp je sebab aku duk jauh sikit dari family kan,  tiba-tiba kerap pulak aku tengok iklan-iklan sponsorship dekat Facebook berkaitan dengan majlis tu.  Lengkap dengan semua yang aku perlukan.  Eihhh... Mungkin kebetulan la kot sebab semua bincang dekat media sosial kan,  so Facebook dapat detect la kan.  

Tapi kadang-kadang benda yang aku sembang secara berdepan pun,  naik jugak sponsorship ni.  Facebook pasang CCTV ke apa? Haahaha... Mungkin semuanya secara kebetulan,  tapi takkan selalu sangat kot.  

Mungkin korang tak perasan atau dah lama perasan,  tapi macam ada kemusykilan kat situ.  Tapi tak payah fikir la,  mungkin tu boleh tolong korang nak selesaikan masalah korang yang nak cari penyelesaian benda yang korang bincangkan kan?

Tiada ulasan: