Life Is A Drama..

Logo KBBA

09 Februari 2018

Batu Pun Boleh Berlekuk Kalau...


Walau sekuat mana pun seseorang tu,  kalau selalu diuji,  satu masa dia akan jatuh jugak walaupun hanya dengan satu ujian kecil.  Masa terjatuh tu,  seseorang tu akan rasa hidup dia tak berguna lagi dan untuk bangun kembali,  bukannya senang.  Ambil masa untuk pulihkan semangat dan berdiri. 

Macam batu.  Tengok keras dan susah untuk dibentuk.  Tapi cuba kita titiskan air setiap hari,  pasti akan berlekuk jugak walaupun sikit.  Semua tu mengambil masa yang lama.  Mungkin pada awalnya kita tak nampak perubahan sebab lekukan yang jadi tu tersangat kecil,  tapi lama-kelamaan,  kita akan dapat nampak dan rasa perubahan yang jadi. 

Macam tu jugak manusia. Kita tengok seseorang tu macam tak ada apa-apa.  Tapi dalamnya kita tak tahu.  Tengok dia macam bahagia dan senang dalam kehidupan seharian. Tapi hakikatnya,  dalaman tu sakit sangat.  Kita tak tahu sebab kita cuma menilai dari luaran dan kita rasa macam tak ada apa-apa yang berlaku sampailah masa dan ketikanya,  semuanya terbongkar.  

Jangan terlalu mudah untuk menilai seseorang sedangkan kita tak tahu apa yang mereka lalui setiap hari untuk teruskan kehidupan seharian.  Jangan terlalu seronok melihat kesakitan orang lain demi kegembiraan diri sendiri sedangkan hakikatnya,  kita lebih menyakitkan diri orang lain yang dah memang sentiasa sakit.  Kadang-kadang kesakitan yang dialami dalam diam tu lebih sakit dari kesakitan yang kita nampak secara zahirnya.

Tiada ulasan: