23 Januari 2018

Selepas 15 Tahun, Baru Aku Check Gigi Di Dentessence Dental Clinic

 
Seingat aku,  last aku check gigi masa sekolah rendah.  Kiranya dah 15 tahun la aku tak check gigi.  Masa tu kan,  klinik kesihatan akan buat pemeriksaan dekat sekolah-sekolah,  sampai semua budak-budak takut, Termasuklah aku.  Tapi iyalah,  budak-budak kan.. Takut kena cabut gigi semua.  Hilang comel.  Tapi aku tak ada la takut dengan doktor.  

Baru ni,  aku pergi check gigi di Dentessence Dental Clinic di Dataran Sunway,  Kota Damansara.  Teringin lama dah nak check gigi,  tapi tak sempat sebab sibuk dengan kelas dan kerja.  Even ada hari cuti pun,  malas gak nak pergi sebab nak rehat.  Cuma kali ni aku gagahkan jugak diri pergi check gigi sebab seminggu sebelum tu,  aku ada rasa ngilu bila makan benda manis. So,  memang kena dengan masanya la aku check gigi. Kebetulan memang tak jauh dari rumah sewa aku,  10 minit je.




Sampai je kat klinik tu,  tenang je aku tengok. Kemas dan teratur susunan perabot. Bersih dah tentu. Lepas isi borang,  terus aku dibawa ke bilik rawatan oleh Dr Ahbirami.  Rancak berbual sambil tanya background aku.  Heheheheh... 

So,  rawatan dimulakan.  Dia mulakan dengan check keadaan gigi aku dan disebabkan aku lama tak buat rawatan gigi atau cuci gigi,  maka banyak la karang gigi. Sebab tu la salah satu faktor gigi aku jadi kuning.  Bukan sebab tak gosok gigi tau.



So lepas Dr Ahbirami terangkan punca berlakunya karang gigi ni,  dia pun mulakan rawatan untuk buang semua karang gigi tu.  Lembut je dia layan pesakit.  Kalau ada masalah gigi lain,  dia akan terangkan lepas tu.  Aku pun cerita la pasal gigi aku yang rasa ngilu tu,  so dia cakap memang ada lubang dekat gigi aku dan perlu ditampal.  Kalau tak,  akan teruk lagi la lepas ni.  Aku akan pergi lagi lepas ni. Hehehehe.


Ok... Mungkin ada yang tanya,  macam mana berlakunya karang gigi tu.  

Karang gigi ni apa? Karang gigi atau nama lain kalkulus atau tartar adalah satu bentuk plak gigi yang telah mengeras.  Ini disebabkan oleh penumpuan berterusan bagi mineral daripada air liur pada plak dan gigi.  Permukaan kasarnya menyediakan medium untuk pembentukan plak lanjutan yang boleh mengancam kesihatan gigi kita. Karang gigi ni plak yang menempel di bahagian depan dan belakang gigi kita. Yang warna kuning-kuning tu. 

Tak faham? Bahasa mudahnya ,  karang gigi ni janganlah dipandang ringan. Kalau kita biarkan je karang gigi ni,  ia akan mengeras dan boleh mendatangkan masalah lain seperti mulut berbau,  gangguan pencernaan dan jangkitan gusi.

Selain tu,  banyak lagi khidmat lain yang Dentessence Dental Clinic ni tawarkan. Harga? Insya Allah berpatutan.  Antara rawatan yang disediakan :





Jadi,  kalau korang nak dapatkan rawatan dari Dentessence Dental Clinic ni  korang boleh ke:

Dentessence Dental,  No 43, Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway,  Kota Damansara,  47810 Petaling Jaya,  Selangor

Nombor Telefon : 03-6140 7567.



Atau korang boleh Waze je,  taip Dentessence Dental Clinic.


9 ulasan:

  1. Nak pegi juga klinik ni. Tp xsempat lagi. Nasib baik dah ada yg review, mudah sket nak survey

    BalasPadam
  2. cantik gigi fir teratur je...best la tgk tempat dia kondusif

    BalasPadam
  3. Bestnyaaa eh dah lebih setahun ni tak wat scaling,kita ngeri skit sebenarnya part2 gigi ni huhuuu kena marah baru nak gi...tatottttt....

    BalasPadam
  4. WOW! Patutlah senyum Firr nampak lebih berseri sekarang ni...

    BalasPadam
  5. bestnya.. yanie teringin nak putihkan gigi lah..

    BalasPadam
  6. wahh, best la boleh buang karang gigi tu, nak jugak!

    BalasPadam
  7. Buat scaling memang best, bersih gigi!

    BalasPadam
  8. wah gigi jadi bersih..lepas ni ken ajaga elok2

    BalasPadam