Life Is A Drama..

Logo KBBA

15 Januari 2018

Sejuk Gila


Seminggu ni,  aku yang tak pernah tidur berselimut,  terpaksa menggagau cari selimut jam dua tiga pagi sebab sejuk gila.  Untuk maklumam ya,  aku memang tak suka tidur pakai selimut,  rimas sebab tak boleh banyak bergerak dan aku rasa terikat.  Hahahaha..  Kecuali kalau tidur kat tempat yang beraircond la.  Terpaksa cari selimut.  

Dan dalam seminggu ni jugak,  aku terpaksa slowkan kelajuan kipas aku yang selama ni memang aku pasang nombor lima kepada nombor dua atau nombor satu. 

Sejuk dia lain macam seminggu ni.  Bila baca dekat Facebook dan surat khabar,  memang cuaca agak sejuk dalam seminggu dua ni sebab perubahan angin monsun.  Itu laporan dari Met Malaysia okay,  bukan aku buat andaian sendiri.  

Kalau tak silap aku,  tahun lepas pun Malaysia pernah alami kes macam ni.  Jadi ni kali kedua rasanya kita alami perkara macam ni.  Ke sebelum-sebelum ni pun pernah cuma aku ja yang terlupa? Hermm... 

Cuaca sejuk ni pun katanya paling rendah direkodkan pada suhu 21 darjah Celcius.  Sejuk bagi rakyat Malaysia yang tak pernah alami musim salji atau musim sejuk kat luar negara.  So bagi orang yang tak pernah ke negara beriklim sejuk,  21 darjah Celcius tu dah cukup sejuk la sampai menggigil lepas mandi...hehehehe...harap-harap tak lama la cuaca sejuk ni... Seksa nak mandi pagi...

3 ulasan:

Noriza Abdul Rahman berkata...

Cuaca sejuk macam sekarang ni memang sedap jer tidur malam, nak bangun siang pun malas...hehe

ai berkata...

Sama tak suka selimut. Sep sikit.

Julia Tarmidi berkata...

Salam singgah dan follow :)

http://www.akuseorangtraveler.com