Life Is A Drama..

Logo KBBA

07 Januari 2018

Puas Makan Durian Di Natasya Riverside Resort, Gopeng


Tak sangka pulak aku bila ke Natasya Riverside Resort dekat Gopeng ni,  aku dapat makan durian kampung puas-puas, tambah lagi durian tu baru ja jatuh.  Memang heaven gila.  Kalau nak beli sendiri,  memang susah la.. Mahal ooo durian sekarang ni.



Nasib baik la kebetulan aku dan geng blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari ni datang masa musim durian dan Natasya Riverside Resort ni berada dalam dusun buah.  Senang kata,  resort dalam dusun,  dusun dalam resort.  Memang puas hati bila ke sini sebab masa makan tengah hari,  memang disediakan buffet makan tengah hari ala kampung yang memang sedap. Tapi tiba-tiba kami dihulur dengan buah durian yang baru jatuh,  terus semua serbu buah durian dulu.



Puas weh makan walaupun cuma durian kampung. Tapi yang lagi best tu,  semua durian fresh yang baru jatuh dan ada yang jatuh masa kami tengah makan.  Iya lah,  dah resort pun dikelilingi dengan pokok durian dan buah-buah lain.  So kalau korang nak datang,  datang la masa musim buah.  Confirm puas hati dapat makan sepuasnya.


Kalau korang nak datang,  ada pakej menarik untuk korang rasa buah-buah ni.  Ikut musim la.  Tapi aku rasa memang berbaloi la kalau datang sini. Korang boleh follow Facebook Natasya Riverside Resort Gopeng untuk nak tahu pakej-pakej dari Natasya Riverside Resort Gopeng.

Tentang aktiviti dan apa yang menarik,  nanti aku cerita lain ok... 

5 ulasan:

noorhaidaz eyda berkata...

Uishhh..kalau mcm ni punya durian mmg heaven giler

Mama Kembar 3 berkata...

Geramnya tgk durian, bestnyaaa

Akif Imtiyaz berkata...

Alahai Fir..tergoda akak tgk duyan2 yang ado tu.. Jeles wey dapat makan duyan banyak camni..

Yanty Lee berkata...

Omg , rindunya...tasa jadi diri sendiri yang dh tak hirau apa pun bila nampak durian

Minionlicious Enterprise berkata...

teringat-ingat moment makan durian sampai mabuk hahaha