11 Januari 2018

Pengalaman Baru Dari Gopeng, Perak

Sambungan dari percutian ringkas aku bersama blogger dari KBBA9,  tak sangka pulak aku akan dapat pengalaman baru walaupun cuma satu malam aku tidur di Natasya Riverside Resort. Disebabkan itu (skema sikit ayat),  aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak resort sebab pengalaman ni. 

Macam korang tahu,  sejak setahun lepas kalau tak silap aku,  Gopeng ni dikenali untum aktiviti water rafting.  Antara aktiviti lasak aku rasa.  Dan macam korang tahu jugak,  aku ni bukannya orang yang sukakan aktiviti lasak termasuklah sukan. Tapi,  tak bermakna aku tak boleh buat tau.  Tapi kalau bagi apa-apa aktiviti yang perlukan aku beraksi di atas pentas.  Sila bagi dekat aku.  Hahahahaha... 

Pengalaman pertama aku buat water rafting.  Macam korang tahu,  water rafting ni ada tahap-tahap dia,  bergantung kepada sungai yang korang buat aktiviti ni.  Masa aku buat pada Sabtu petang lepas check in dan makan tengah hari,  kami buat water rafting tahap dua.  Memang pada mulanya aku agak takut walaupun aku sangat sukakan air dan dah diberi penerangan.  Tapi,  takut tu tetap ada.  Hehehehe... Tapi Alhamdulillah,  aku dapat tamatkan jugak dan memang best gila.  Sampaikan rasa macam nak repeat sekali lagi buat water rafting tu.  Pengalaman pertama aku tau buat water rafting tu.  Hehehehe.. 



Yang kedua pulak,  kalau tak silap aku hujung tahun lepas,  viral tentang Bukit Batu Putih dekat Gopeng ni.  Member media aku pun dah ramai yang sampai sini dan buatkan aku cemburu sebab tempat dia cantik gila. Jadi pagi Ahad,  kami ke Bukit Batu Putih.  Tak lama pun hiking tu,  dalam 30 ke 45 minit je.  And ada beberapa laluan untuk korang ke atas tu.
  


Kalau korang naik,  ada dua puncak Batu Putih.  Yang pertama tu bukan puncak tipu sebab tu bukan puncak yang sebenar walaupun ada batu putih.  Yang sebenar korang kena berjalan dalam 15 minit lagi.  Tapi ada laluan lain yang boleh bawa korang terus ke puncak yang sebenar. Dan akhirnya,  aku sampai jugak ke tempat yang pernah viral ni.  Hehehehe... 

Apa pun,  pengalaman ni aku rasa susah aku nak dapat tanpa tawaran dari Natasya Riverside Resort Gopeng yang merupakan salah satu aktiviti dorang tawarkan.  Memang best gila dan pekerjanya pun ramah dan kelakar.  Terima kasih Natasya Riverside Resort Gopeng atas pengalaman ni.

3 ulasan:

  1. IQ pernah main water rafting yg dekat ulu slim perak, yg tu thap 3, best jugak...tapi nak try skli dekat gopeng ni.

    BalasPadam
  2. menariknya water rafting teringin nak mencubanya tak de lagi pengalaman join water rafting

    BalasPadam