21 Januari 2018

Makrifat Cinta : Pembuka Filem Terbaik 2018


Semalam aku berpeluang untuk ke Majlis Tayangan Perdana filem Makrifat Cinta di IRDKL Mall,  Shah Alam.  Walaupun hujan petang tu,  aku gigih jugak merempit ke Shah Alam sebab kebetulan memang tak ada buat apa-apa malam tu. 

Tayangan bermula agak lambat juga k sebab ada majlis pelancaran trailer filem ni dan majlis makan malam yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Seri Salleh Said Keruak.  



Okay,  tak ada apa sangat nak cerita pasal majlis tu,  cuma aku nak fokuskan pada filem Makrifat Cinta yang bagi aku,  pembuka filem terbaik untuk tahun 2018.

Waktu aku tahu yang filem ni adalah filem Melayu pertama dari Kamal G,  aku tak expect sesuatu yang tinggi selepas aku tonton filem ni.  Aku expect mungkin sekadar sebuah filem biasa yang berkisarkan cinta. Tapi aku silap. 



Jalan cerita,  skrip, pelakon dan semuanya,  memang lengkap dan cukup rasa.  Tambah lagi,  banyak pelakon-pelakon yang memang aku suka terutama Nabila Huda dan Puteri Balqis.  

Apa yang aku diberitahu masa majlis perasmian dan sidang media,  filem ni berkisarkan kisah benar kawan kepada pengarah.  Walaupun mungkin ada sedikit olahan sikit,  tapi filem ni berjaya buat aku kagum dengan 'first baby'  Kamal G ni.  


Filem ni ada banyak elemen.  Cinta, gaduh,  motivasi,  agama dan kekeluargaan.  Walaupun ada banyak elemen,  ia tak mencacatkan jalan cerita sebab pengarah dah olah baik punya jalan cerita.  Akan nampak kesinambungan dia dan kaitan antara satu sama lain. 

Lagi satu,  filem ni buat aku menangis.  Hohohoho... Ada dua scene yang berjaya buat aku mengalirkan air mata. Kalau hati kering,  aku tak tahu la.  Macam aku,  hati aku tak berapa kering sangat.  Hehehehe...

Apa pun,  aku rasa korang patut tengok filem ni pada 1 Februari nanti.  Lagi dua minggu je.  Aku bagi 10/10 untuk filem ni. Wajib tonton tau.


Sinopsis :

Mahathir (Shamsul Yusoff)  adalah seorang lelaki dari yang hidup dalam serba kekurangan dan sentiasa bertungkus lumus mencari nafkah untuk keluarganya.  Namun, dia sering kekurangan wang kerana isterinya,  Zara (Nabila Huda)  yang suka membazir dan disebabkan itu,  isterinya sering membebel dan menghina Mahathir.  Selain itu,  Zaea juga sering meninjam wang untuk membeli segala keinginannya selain memberi wang kepada abangnya,  Rizal (Adi Putra)  untuk membeli dadah. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha (Puteri Balqis) yang sangat rapat dengan bapanya.  

Disebabkan merasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi keperluan isterinya dan merasa bersalah terhadap anaknya,  Mahathir nekad untuk meminjam wang dari Ah Long.

Mahathir juga sedang mencipta satu aplikasi unik dan yakin akan berjaya menjualnya dan berjaya menjadi seorang jutawan. 

Pada suatu hari,  Mahathir bertemu secara tidak sengaja dengan rakan lamanya,  Sofea (Nora Danish). Semenjak pertemuan itu,  mereka menjadi rapat dan Mahathir serta Aisha mula menyukai Sofea. 

Konflik berlaku apabila Mahathir dikejar ah long kerana gagal membayar pinjaman selain daripada telah berpisah dengan Zara.  Sofea menawarkan pertolongan kepada Mahathir untuk menyelesaikan hutang Ah Long dan membantu Mahathir untuk menyiapkan aplikasi tersebut. 

Bagaimanapun,  akibat dendam kepada bekas adik iparnya,  Rizal mengambil satu keputusan drastik yang menyebabkan..... 

Haaaa,  nak tahu apa yang jadi?? Jangan lupa tengok filem Makrifat Cinta di pawagam terdekat pada 1 Februari nanti.

4 ulasan:

  1. Wowww..barisan pelakon pun dah hebat2

    BalasPadam
  2. mcm best. ada masa ble tgok nt.

    BalasPadam
  3. wah, citer ada twist camni memang menarik. nak tengok la nnt.

    BalasPadam