09 Januari 2018

Kelainan di Natasya Riverside Resort Gopeng


Setiap kali aku pergi bercuti,  aku akan cari kelainan di setiap tempat yang aku sampai.  Tak kira la sama ada  tempat tu di kawasan hutan,  laut atau air terjun, memang aku akan tengok kelainan dia.  Dan selama aku pergi bercuti tak kira sama ada dengan family atau kawan-kawan,  memang tempat tu je pun yang akan jadi pilihan.  Tapi,  kali ni lain sikit tempat dia.  Memang lain sikit la dari first impression aku. 

Natasya Riverside Resort Gopeng (NRRG) .  Seriously bagi satu pengalaman baru dekat aku.  Resort dalam hutan aku dah biasa pergi.  Tapi kali ni,  resort dalam kampung dan dalam dusun.  Memang tak pernah aku sampai dan NRRG ni akan aku ingat sebagai salah satu percutian paling menarik. Walaupun aku budak kampung dan dah biasa dengan suasana kampung,  tapi dekat NRRG ni lain.


Terletak di Gopeng semestinya dan agak jauh ke dalam,  tapi bila sampai,  kagum kejap aku dengan tempat ni.  Dengan suasana kampung dan persekitaran yang bersih.  Lagi buat tenang.  Tambah pulak bila tengok buah rambutan, cempedak dan durian. Tak sabar nak rasa. 


Dekat sini ada dua jenis bilik dan sesuai untuk yang berkeluarga dan yang bujang-bujang dengan harga yang berpatutan.  Chalet dan kabin.  Harga untuk chalet bermula dari RM200 hingga RM280 dan untuk kabin,  harga bermula dari RM165 hingga RM210. Bilik memang selesa gila. Lengkap dengan toilet (untuk chalet),  aircond dan TV.  Kemudahan lain pulak,  wall climbing,  hammock,  taman permainan,  dewan makan dan surau.  Parking kereta jangan risau.  Memang ada sebab kawasan ni luas.


Aktiviti? Jangan risau,  ada banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat sini,  cuma perlu maklumkan pada pihak resort ja untuk dorang uruskan dan dah tentu la,  harga berpatutan bila korang deal dengan NRRG.



Macam kami geng blogger dari KBBA9,  kami diberi peluang untuk merasai pengalaman water rafting dan hiking ke Bukit Batu Putih.  Dua aktiviti ni antara yang famous la dekat Gopeng.  Nanti aku cerita pengalaman pertama aku buat water rafting dekat sini.



Selain tu,  kalau korang kena dengan musimnya,  pihak resort jugak ada tawarkan pakej makan buah-buahan dekat sini.  Nyum-nyum.  Kebetulan masa kami datang musim buah durian dan cempedak.  Jadi,  apa lagi,  memang semuanya naik hantu la bila jumpa durian.  Dua hari dekat situ,  memang makan durian selalu dekat situ sampai 'mabuk'  durian.  Heaven weh bagi hantu durian macam aku ni. 

Bagi yang memang membesar dekat bandar,  aku rasa NRRG ni memang pilihan yang tepat la untuk korang datang ke sini.  Rasa macam mana bestnya duduk kat kampung.  Lagi pun,  kalau tiap-tiap hari menghadap hutan batu,  stress jugak kan.  Lagi pun,  bukan jauh dari Kuala Lumpur tu.  Cuma satu jam setengah ja untuk ke sini.




Korang boleh ke website NRRG atau ke Facebook NRRG untuk nak tahu tentang Natasya Riverside Resort Gopeng ni.  Confirm korang akan jatuh cinta..

5 ulasan:

  1. memang best and memang kena repeat lagi

    BalasPadam
  2. water rafting! pernah join dulu, memang best!

    BalasPadam
  3. yang bab makan durian tu paling heaven tuuuu.. jeles nengok hihihi

    BalasPadam
  4. Gopeng , teringat pulak kg Beng .. haha tetiba

    BalasPadam
  5. ada seorang kawan duduk gopeng, mungkin dekat dengan rumah dia agaknya ni

    BalasPadam