22 Januari 2018

Jom Terbang Dari Kuala Lumpur Ke Bangkok

 

Thailand memang selalu jadi tumpuan orang Malaysia.  Tak kira la masa cuti sekolah ke, cuti hujung minggu biasa ke.  Memang penuh kalau pergi naik kapal terbang. 

Selalunya,  orang Malaysia ni akan ke Krabi dan Phuket sebagai tempat untuk bercuti.  Cantik kan tempat tu. Aku pun belum pernah sampai ke sana.  Cuma ke sempadan  je la kat Padang Besar tu dan ke Betong.

Memandangkan aku akan melangkah ke fasa baru tahun ni,  insya Allah,  aku ingat nak survey la sikit tempat menarik dekat sana.  Tapi aku tak nak ke tempat yang orang selalu pergi kalau ke Thailand.  Pilihan aku,  Bangkok.  Aku tahu ramai yang dah ke sana,  tapi aku rasa macam ada banyak lagi tempat yang menarik untuk explore lagi ke Bangkok.


Lagi pun tak jauh sangat nak ke Bangkok tu.  Naik flight dalam dua jam 10 minit je. Sempat la berkenalan dengan pramugari tu. Hahahahaha... So aku terus check Kuala Lumpur to Bangkok flight online di Traveloka

So,  macam mana nak cek tiket flight dan hotel? Nak bukak satu persatu website? Macam buang masa pulak.  Pilihan aku,  dah tentu la aku guna Traveloka. Dekat Traveloka,  aku boleh cari maklumat yang aku perlukan dekat destinasi yang aku nak pergi.  Bukan setakat Bangkok je tau. 

Dengan Traveloka ni,  aku boleh tahu berapa harga tiket flight dan boleh terus book hotel sekali.  Sekali click ja,  semua korang boleh dapat info dekat sini.  Dan uang pasti,  Traveloka ni menawarkan harga yang berpatutan untuk aku tempah tiket dan hotel. Senang kata,  berbaloi la.

Untuk pengetahuan korang,  kalau gunakan Traveloka, bagi perjalanan dari Kuala Lumpur je Bangkok,  harga purata sekitar RM301 ja.  Murah gila kan?


Aku nak bagi tips sikit ni untuk korang beli tiket flight,  cara terbaik untuk korang carikan tawaran pada harga tambang adalah dengan bandingkan harga tiket dengan website lain tapi aku yakin Traveloka juga yang bagi harga yang rendah.  Macam aku cakap tadi,  Traveloka ni sangat membantu aku kalau aku nak pergi trip mana-mana termasuklah maklumat mengenai jadual penerbangan termasuk nombor penerbangan,  waktu berlepas dan jarak perjalanan.  

Syarikat penerbangan jugak boleh sesuaikan harga tiket dari Kuala Lumpur ke Bangkok berdasarkan hari dan masa yang aku nak untuk tempah tiket flight.  Fuhhh, boleh ejas bajet aku.. Hehehee.. 

Lepas aku survey dekat Traveloka, untuk berlepas dalam masa 90 hari,  aku tengok hari Selasa,  Rabu dan Sabtu selalu offer tiket murah.  Plus,  kalau nak dapat murah lagi,  aku boleh beli dalam tempoh sebulan hingga tiga bulan paling awal.


Untuk Ogos,  harga tiket flight dari Kuala Lumpur ke Bangkok ialah RM 236 untuk pergi dan balik manakala untuk Disember,  sekitar RM400 paling banyak untuk pergi dan balik.  

Kalau nak murah lagi,  aku bercadang nak pilih tiket penerbangan tambang rendah.  Aku tahu, mungkin akan mengorbankan beberapa kemudahan,  tapi aku dapat jimat dalam 20-30 peratus bila beli tiket.  

Lagi satu yang aku perasan, aku dapat tahu yang bila kita beli tiket pergi balik dan one way tiket,  tak ada beza pun harga dia.  Sama ja. Aku bagi contoh in case korang tak faham.  Harga purata one way tiket dari Kuala Lumpur ke Bangkok ialah RM150 sementara untuk tiket pergi balik,  ialah RM325.  Tak ada beza sangat pun cuma kalau beli one way tiket,  lebih fleksibel la.  Korang boleh beli masa korang nak balik la kan.  Tapi nak selamat dan jimat masa,  baik beli terus tiket pergi balik. Tak payah pening-pening dah.


Dan untuk pengetahuan korang jugak,  setiap syarikat penerbangan menawarkan tahap keselesaan dan perkhidmatan yang berbeza,  jadi,  korang ada hak untuk pertimbangkan kemudahan semasa memilih.  Kalau aku,  aku lebih memilih Air Asia.  Selain harga tiket yang murah,  Air Asia ni jarang ada delay yang terlalu panjang sampai satu ke dua jam kecuali kalau masalah-masalah yang memang tak dapat dielakkan seperti cuaca. 

Nasihat aku,  buat pilihan betul-betul sebelum korang beli tiket flight tu. Bukan apa,  silap pilih,  buat spoil je percutian korang tu.  Hehehe....  Apa pun,  jangan lupa guna Traveloka kalau nak bercuti tu.  Jimat dan mudah.  Selamat bercuti korang.

10 ulasan:

  1. Baru jaa dok survey survey pakej pi Bangkok, nak check kat Traveloka plak lah

    BalasPadam
  2. Terima kasih info. Lepasni kalau nak pegi senang 😊

    BalasPadam
  3. Tak pernah booking tiket flight melalui Traveloka, nanti nak cubalah. Murah jugak.

    BalasPadam
  4. Pernah booking hotel dengan traveloka..not bad..

    BalasPadam
  5. teringin nak pegi sana jugak nanti..

    BalasPadam
  6. wah..menarik ni. Thanks for info sharing

    BalasPadam
  7. aduii dah plan nak g bangkok dgn geng opis.. masih hunt untuk harga murah ... konsep travel mkan n shopping hehehe

    BalasPadam
  8. Teringin pulak nak p thailand .. huhuhu.

    BalasPadam