18 Januari 2018

Jom ke Manchester Dengan Let’s Go Manchester Contest!


Korang yang suka tengok bola sepak, tak teringin ke rasai pengalaman tengok bola secara langsung perlawanan antara dua kelab gergasi, Manchester City dengan Manchester United dekat Etihad Stadium, UK? Kalau nak pergi sendiri, memang makan kos yang banyak kan, tiket flight, tiket stadium, hotel lagi. Lepas tu takkan nak pergi tengok bola je, mesti nak jalan-jalan lagi.

Haaa, kali ni aku nak share dengan korang cara untuk korang ke sana untuk dapatkan semuanya secara percuma, Cuma bawa duit poket je la. Kali ni, produk penjagaan badan lelaki, Dashing mengadakan Let’s Go Manchester Contest! buat kali ke tiga. Kalau korang antara enam pemenang  yang bertuah, korang akan memenangi penginapan 4 hari 3 malam percuma, tiket kapal terbang termasuklah hadiah utama, tiket VIP untuk menonton pelawanan MCFC dan MU. Senang kata, korang pergi bawak kain baju dengan duit poket je.

Nak berjalan sekitar Manchester? Jangan risau, selain menonton perlawanan dua kelab bola sepak terkenal dekat Stadium Etihad tu, pemenang juga akan dibawa berjalan dan melawat stadium bolasepak yang lain macam Old Trafford, Etihad dan juga Anfield. 


Apa yang best lagi, korang yang memang peminat bola sepak ni juga berpeluang untuk berinteraksi dan minta autograf daripada lagenda-lagenda pemain MCFC. 

Best kan? So macam mana nak menang? Senang sangat weh. Caranya, korang kena beli sebarang produk Dashing atau Elite dalam satu resit. Lepas tu korang ambil gambar resit tu (make sure gambar tu jelas okay), taip nama penuh mengikut IC atau passport, nombor IC atau nombor passport korang dank at mana korang beli barangan Dashing atau Elite tu kemudian hantar ke +6016-997 2373. Senang gila kan…

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut, korang boleh ke Facebook Dashing atau ke website Dashing atau pun telefon 03-802 38311.

By the way, sempena Liga Perdana Inggeris, aku ada dapat, perfume dan juga deodorant limited edition dari Dashing. Aku ni pengguna tegar barangan Dashing tau, tambah lagi deodorant dan perfume. 


Untuk yang aku dapat ni, perfume dia sangat wangi dan yang penting lembut ja bau dia. Aku tak suka bau yang keras sangat. So yang aku dapat ni, memang kena dengan citarasa aku. Deodoran pulak macam biasa, aku memang puas hati sebab selama aku guna deodorant dari Dashing, badan tak melekit dan rasa selesa even buat aktiviti lasak. Hehehehe…

Apa pun, korang jangan lupa tau sertai Let’s Go Manchester Contest! dari Dashing ni. Tarikh tutup sampai 31 Januari ni tau. Mana tahu rezeki korang nak ke sana. Aku pun memang nak join. Kalau dapat, boleh honeymoon sekali. Eih..

7 ulasan:

  1. saper ler yg bertuah.
    kalau contest untk fan chelsea mmg aku join dh

    BalasPadam
  2. jom nak join juga contest hehe

    BalasPadam
  3. Wahhh menarik ni, nak suruh husband join lah mana tau boleh menang.

    BalasPadam
  4. Menarik contest dari dashing ni. Nk suruh suami join juga la

    BalasPadam