17 Januari 2018

Jangan Tunjuk Sangat Kebencian Tu...


Adat manusia,  ada yang suka,  ada yang benci.  Sama ada membenci atau dibenci,  di mana-mana pun ada.  Tapi perlu ke tunjuk kebencian tu dekat depan orang yang kau benci? 

Bagi aku,  sebenci mana pun aku dekat seseorang tu,  aku takkan tunjuk depan-depan yang aku benci dia.  Maniskan muka kalau terjumpa di mana-mana.  

Ya,  mungkin orang akan cakap kau hipokrit sebab bermanis muka depan orang yang kau benci,  tapi kalau depan orang ramai,  takkan kau nak canang satu dunia yang kau benci dia? Fikir logik.  Cukup la hanya kau dan yang betul-betul rapat dengan kau je tahu yang kau benci dekat dia.  Kalau kau canang satu dunia yang kau benci dia,  apa yang kau dapat? Buat tambah lagi kebencian dan kemarahan kau ja.  

Sejauh mana pun kau lari,  nak atau tak,  kau mesti akan jumpa jugak dia satu hari nanti.  Tak kira la sama ada sengaja atau tak sengaja.  Kalau hanya kau berdua dengan dia,  iya kau boleh buat muka dan berpaling arah lain,  tapi kalau dah depan orang ramai ,  takkan kau nak alih muka kau ke arah lain dan buatkan semua orang tahu kau bermusuh dengan dia?

Fikir-fikirkan...

1 ulasan: