31 Januari 2018

Cari Sampai Dapat

Pernah tak,  bila korang teringin sesuatu tu,  korang akan cari sampai dapat.  Tak kira la apa sekalipun,  makanan ke,  barang ke,  lagu ke,  kalau korang nak,  korang akan cari jugak atau paksa orang cari.  

Macam aku,  bila ada lagu baru yang menarik perhatian aku,  aku akan cari sampai dapat.  Kalau tak dapat tahu tajuk,  aku akan taip lirik kat Google.  Hehehehe dan automatik,  aku dapat tahu tajuk dia dan terus download.  Heheheh... 


Bila dah dapat lagu tu,  aku akan play banyak kali sampai la aku bosan dengar.  Selalunya ambil masa lama sikit la nak bosan tambah lagi kalau lagu ballad.  Memang aku akan dengar selalu sampai boleh hafal lirik. 

Tapi ada setengah lagu,  aku dengar tiga empat kali baru aku boleh jatuh cinta dengan lagu tu.  Itu pun selalunya sebab chorus la. Sebab selalunya memang chorus la kan punca satu-satu lagu tu sedap atau tak. 

Macam sekarang ni,  lagu yang aku selalu dengar Jatuh Bangun, Tergantung Sepi (Haqiem Rusli),  Bunga (Ara Johari),  Rintihan Rindu (Wany Hasrita),  Melamar Rindu (Tajul),  Sulit (Aman Aziz), Surat Cinta Untuk Starla (Virgoun) dengan Sumpah Cintaku (Asfan Shah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan