Life Is A Drama..

Logo KBBA

21 Januari 2018

Bila Ditanya Tentang Perkahwinan


Masa buat Grab baru ni,  aku dapat seorang rider bukan Islam warga Korea tapi menetap di Australia.  Nasib la dia jenis rajin menyembang so tak ada la bosan sangat masa drive tu. 

Bila dah rajin menyembang,  soalan biasa ditanya sama ada aku full time atau part time buat Grab,  dan tanya kenapa aku buat Grab.  Jawapan biasa,  nak cari duit untuk kahwin.  

Bila aku jawab macam tu,  terus dia tanya macam mana cara perkahwinan dekat Malaysia dan dalam Islam (sebelum tu dia tanya sama ada aku Islam atau tak). Jadi aku pun jawab la apa yang aku tahu berkaitan adat perkahwinan cara Melayu dan cara perkahwinan dalam Islam.  

Aku terangkan serba sedikit dekat dia dan dia agak terkejut dan excited la dengan cara perkahwinan dalam Islam sebab simple gila.  Cuma dia agak terkejut dengan cara perkahwinan kalau mengikut adat Melayu.  Katanya 'its complicated'. Hahahahahaha... 

Kemudian dia tanya tentang pemakaian niqab pada wanita Islam dan macam mana nak berkahwin kalau tak dapat tengok wajah perempuan tu. And again,  aku explain apa yang aku tahu dan tentang sesi taaruf sebelum berkahwin.  Terkejut tu dah tentu sebab dia tak tahu dalam Islam dibolehkan sebelum berkahwin bagi mereka yang memakai niqab (kalau aku salah,  tolong maklumkan). 

Apa pun,  aku harap yang aku tak salah bagi ilmu dekat dia dan dia faham Englih aku.  Hahahaha.. Seronok bila buat Grab ni,  macam-macam perangai yang aku jumpa. Semuanya bagi pengalaman baru dekat aku.

1 ulasan:

IQ = Izyan Balqis berkata...

jumpa orang luar memang seronok sebab dorang eager nak tahu culture kita.