05 Januari 2018

Bila Ada Hari Aku Jadi Blurr

Aku rasa aku ni jenis cepat tangkap bila ada orang bercakap.  Even kalau cakap tersirat pun,  aku rasa aku jenis cepat faham walaupun orang tu tak bercakap dengan aku.

Tapi, ada harinya aku ni jenis blurr walaupun ayat yang dicakap tu mudah dan direct.  Aku tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Kadang-kadang orang kena terangkan balik dekat aku dengan panjang berjela untuk pastikan aku faham apa yang dorang sedang bualkan.


Aku tak tahu kenapa boleh jadi macam tu,  mungkin sebab penat sangat atau otak terlampau letih.  Iya la,  seharian kerja sampai otak pun tak boleh nak proses sangat walaupun ayat tu mudah. Aku rasa korang pun mesti pernah macam ni kan? 

Bila jadi blurr ni,  aku tak layankan sangat.  Esok tu ok la.. Bila dah tidur,  otak pun dah rehat esok tu cergas la balik otak.  So boleh tangkap semua benda.  Kalau tak sibuk kat office,  tak ada la blurr sangat otak aku ni.  

Cuma kebelakangan ni ja blurr aku makin menjadi.  Tak tahu la kenapa.  Mungkin banyak fikir kot.  Hahahahaha... Tak apa la,  janji tak menyusahkan semua orang,  kira okay la kan.  Kadang-kadang blurr ni pun boleh jadi bahan lawak.  Kan??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan