28 Januari 2018

'Banjir' Dalam Bilik

Google
Selama aku menyewa rumah,  tak kira la masa Diploma,  kerja di Manjung,  masa Degree,  kerja di Ipoh dan sekarang di KL,  boleh dikatakan setiap rumah yang aku duduk,  ada masalah air.  Setakat gangguan air tu biasa la bagi aku,  tapi bila jadi paip pecah atau meter bocor,  itu aku pelik. 

Bestnya,  setiap bilik yang aku duduk,  mesti dapat yang bersebelahan dengan bilik mandi,  kecuali masa aku dekat Manjung, bilik sewa akj jauh sikit la dari bilik mandi.  

Dan disebabkan tu,  boleh dikatakan aku akan hadapi masalah yang sama.  Contohnya macam sekarang,  bilik aku 'banjir' weh walaupun duduk rumah flat.  Aku rasa,  paip yang ditanam dalam dinding rumah ni bocor.  

Sebabnya,  tiap kali ada orang mandi,  melimpah je air masuk dalam bilik aku.  Entah dari mana datangnya. Dah la tengah sibuk seminggu dua ni. Ganggu habis tidur aku.  Jenis aku,  bila aku menyewa,  aku suka tidur bawah,  lagi puas walaupun ada katil.  Hahahaha.. Lagi pun,  katil yang tuan rumah bagi ni,  jenis besi lembut.  Untuk orang comel macam aku ni,  salam seminggu boleh melengkung dah katil tu.  Masalah yang sama aku hadapi masa aku masa dekat Manjung,  Shah Alam,  Ipoh dan Damansara sekarang ni.

Nasib badan... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan