Life Is A Drama..

Logo KBBA

31 Disember 2017

Throwback 2017 dan Azam 2018


Pejam celik pejam celik dah sampai hari terakhir untuk tahun 2017. Tinggal beberapa jam ja lagi untuk buka buku baru 2018. Bak kata budak-budak hipster,  page 365/365.

Jadi,  sepanjang 2017 ni,  apa yang aku lalui? Macam-macam ooo... Dari yang kesian,  happy,  sedih dan macam-macam lagi.  Jom aku nak throwback sikit.. 

1. Aku tamatkan khidmat aku dalam bidang kewartawanan yang selama ini menjadi cita-cita aku selepas dua tahun pada Mac 2017.


2. Aku mulakan kerja baru sebagai Eksekutif Perhubungan Awam di salah sebuah syarikat hartanah di Damansara pada April 2017.

3. Aku lepaskan jawatan aku secara rasmi dalam Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP)  pada April 2017 selepas sekitar 2 tahun menjadi ahli. 

4. Aku keluarkan kereta pertama aku pada bulan Jun 2017, tiga hari sebelum raya Aidilfitri.


5. Semakin aktif berblogging sejak tinggal di Kuala Lumpur.  Antaranya food review,  hadiri tayangan perdana dan bercuti.


6. Kerja ketiga aku,  selain kerja tetap dan blogging,  iaitu sebagai pemandu Grab sejak Julai 2017.

6. Buat pertama kalinya,  selepas berbelas tahun,  rasanya,  aku sekeluarga pergi bercuti di Teluk Batik.  Cuti kali ni,  semua ada dari mak abah sampai ke anak cucu pada hari raya Aidiladha.


7. Pengakhiran 2017 yang gembira dan aku bertunang pada 30.12.2017. Penutup tahun yang terbaik. 

Itu ja la yang aku rasa antara perkara yang menarik sepanjang tahun 2017. Mana cerita-cerita sedih atau tak best tu,  kita lupakan ja la. Cukup untuk jadi pengajaran.  Buat apa nak ingat kan?

So, azam tahun baru? Tiap tahun buat azam baru,  nak tercapainya entah boleh ke tak.  Hahahahaha... Antara azam aku untuk tahun baru...

1. Kuruskan badan kalau boleh. 

2. Kahwin.  Insya Allah korang tunggu ja jemputan. 

3. Nak bercuti ke Sabah. Insya Allah mana tahu kot dapat sponsor ke sana kan? So lengkap la aku sampai satu Malaysia.  Mungkin untuk honeymoon. Eihh... 

Buat masa ni,  itu ja kot azam aku tahun depan. Yang lain tu,  takda apa sangat.  Apa pun,  semua tu cuma perancangan dan azam ja la.  Semoga dipermudahkan semuanya.  Selamat tahun baru guys...

3 ulasan:

YB Shehan berkata...

ok aim honeymoon tu firr. kumpul dr skrg. inshaa Allah

cik renex berkata...

banyak kenangan bermakna tahun 2017 yer.
slmt tahun baru jgk :)

IQ = Izyan Balqis berkata...

nais one firr, selamat tahun baru 2018