23 Disember 2017

Tahniah Nurul & Abdul Rahman


Pengantin perempuan ni sepupu aku merangkap kawan sekampung, juga kawan sekelas dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan juga member study group aku masa sekolah dulu. 

Bila masing-masing sambung belajar dekat UiTM kampus lain-lain,  setiap kali cuti semester mesti kena jumpa jugak.  Iya la,  asyik sembang guna SMS ja,  rugi la kan.  Iya la, masa diploma dulu mana ada Whatsapp ni.  Facebook dengan mesej biasa ja la... 

Dulu tiap kali jumpa,  mesti sembang antara kami ni siapa yang kahwin dulu.  Tapi akhirnya,  dia jugak la yang kahwin dulu.  Jodoh dia sampai dulu sebelum aku.  

Suami dia pun aku cuma kenal masa hari dia bertunang. Dan yang best,  kawan media aku,  saudara dengan suami dia.  Adoiii,  kecik ja dunia ni rupanya.

Masa kenduri jugak la dapat jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu.  Walaupun yang datang ramai perempuan.  Hahaha... Dulu selekeh ja sorang-sorang, nasib la sekarang semua dah berpunya.  Termasuk aku.  Eih... 


Apa pun,  tahniah buat sepupu kesayangan.  Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.  Amin...

1 ulasan:

  1. Tahniah kepada pengantin. Semoga kekal hingga ke Jannah

    BalasPadam