21 Disember 2017

Masih Ada Yang Jujur


Tengah khusyuk aku dok scroll Facebook,  terjumpa gambar yang kawan baik aku masa sekolah post. Ada gambar duit beberapa belas Ringgit dan satu nota macam bawah ni. 

Bila baca nota tu,  aku tersenyum je.  Iya lah,  dalam keadaan sekarang ni,  tak sangka masih ada yang jujur bila buat kesilapan walaupun tak ada orang yang melihat.  Mungkin kalau orang lain,  bila dah patahkan side mirror atau buat kesalahan yang tak ada orang lain tengok,  dia akan cepat-cepat blah dari situ.  Tapi berbeza dengan yang ni.  Tinggalkan nota minta maaf dan duit.  Alhamdulillah,  masih ada lagi orang yang jujur dan bertanggungjawab. 

Aku pun pernah alami benda ni masa belajar di Penang dulu.  Side mirror motor aku memang dah lama pecah tapi aku tak sempat ke kedai motor untuk beli baru sebab sibuk. Satu hari tu,  lepas kelas aku ke motor aku dan tengok ada nota terselit. 

'Saya minta maaf sebab dah terpecahkan side mirror awak.  Call saya 01*-*******. Saya akan ganti.'

Mulanya aku macam nak ambil kesempatan la.  Hahahaha... Tapi bila fikir balik,  tak elok kalau aku buat macam tu.  So aku ingat aku tak nak mesej or call mamat tu.  Tapi member aku suruh je mesej bagitahu.  Iya lah, takut mamat tu tak boleh tidur pulak sebab fikirkan side mirror motor aku kan.  So aku pun text dia dan ceritakan perkara sebenar.  Then settle macam tu je la.  Dia tak bayar pun sebab bukan salah dia. 

Tapi satu perkara yang aku nak tekankan dekat sini.  Kejujuran tu penting dalam semua hal.  Tak kira la dalam kerja,  persahabatan,  perhubungan dan macam-macam lagi. Macam kes kawan aku dan yang aku sendiri kena,  orang tu boleh ja terus blah dari situ,  tapi... Allah Maha Mengetahui dan masib ada kejujuran dalam diri dia.  Itu dah cukup untuk buatkan hidup lebih tenang

1 ulasan: