15 Disember 2017

Keluar Dating, Siapa Patut Belanja?


Viral dekat Twitter dan Facebook tentang satu Tweet ni yang persoalkan si lelaki jarang belanja bila keluar dating. Satu persoalan,  memang lelaki je ke yang wajib belanja bila keluar dating? 

Bagi aku,  tak salah pun kalau sama-sama belanja.  Atau dalam kata lainnya,  gilir-gilir belanja.  Lelaki belanja wayang,  perempuan belanja makan atau sebaliknya.  Mungkin jumlahnya tak sama,  tapi sekurang-kurangnya bertimbang rasa la sikit. Jangan harapkan satu pihak yang akan belanja.  Dorang pun ada komitmen lain jugak nak ditanggung. 

Betul,  mungkin si lelaki akan nampak gentleman sebab selalu belanja.  Tapi kena fikir jugak benda-benda lain yang si lelaki kena tanggung.  Mana nak kumpul duit untuk lepas kahwin dan macam-macam la nak belanja lain. 

Kalau gaji besar,  mungkin tak ada masalah,  tapi kalau gaji ciput? Macam mana? Hahahaha... Aku tak kata,  lelaki kena belanja semua,  tapi ada pro n con dia dalam satu-satu benda.  

Berkongsi tu lebih baik apa lagi kalau dua-dua bekerja.  Kalau salah sorang ja yang bekerja,  mungkin boleh dikecualikan bab belanja ni.  Itu mungkin la boleh dikecualikan sikit kan. Sesekali mungkin boleh si lelaki belanja semua,  tapi kalau selalu,  boleh kayap oiii... Botak kepala... 

Tapi terserah la pada pandangan masing-masing.  Ni cuma pandangan peribadi aku.  Mungkin ada yang jenis tak kisah,  mungkin ada yang ambil kisah.  Macam aku,  aku tak ambil kisah sangat.  Kalau ada lebih,  keluar dating,  kalau takda,  whatsapp je la untuk lepas rindu.  Eihhh... Hahahaha... And kalau belanja pun,  ikhlaskan diri dan jangan rasa terpaksa.  Insya Allah,  rezeki yang keluar tu,  akan datang balik.

1 ulasan:

  1. bagi pendapat CCL berkongsi lebih baik , minggu ni dia belanja , minggu depan giliran kita pulak . kena faham bercouple sahaja bukan bermakna si lelaki kena tangguh semua perbelanjaan bila keluar bersama . rabak laa poket si lelaki tu

    BalasPadam