04 Disember 2017

Ikhlaslah Dalam Melakukan Sesuatu

Dalam dunia ni,  semua orang akan buat berbagai macam perkara.  Tak kira la tolong orang ke,  pekerjaan harian ke,  berniaga ke,  bahkan menyapu sampah sekali pun.  Semuanya kita kena buat tak kira apa keadaan sekalipun.  Tapi masalahnya dekat sini,  ikhlaskah kita dalam buat semua tu? 

Kadang-kadang,  dalam kehidupan seharian kita ni,  ada yang buat sesuatu tu tak ikhlas.  Tak tahu kenapa,  mungkin kerana terpaksa atau dipaksa.  Keihklasan tu tak pernah wujud dalam hati sebab hati tak ikhlas melakukan sesuatu atau pun kerana inginkan sesuatu.  Tak kisah la yang dia inginkan tu sama ada dari segi material ataupun tidak.  Bila buat kerja tak ikhlas,  kemudian akan ada la cacat cela dan buat ala kadar je. 


Aku tahu,  mungkin susah nak tunjukkan yang kita ikhlas dalam berbuat sesuatu tu.  Aku pernah baca satu falsafah ni,  keikhlasan tu ibarat seekor semut hitam di atas batu besar di tengah pekat malam.  Ia ada,  tapi tak terlihat.

Percayalah cakap aku,  kalau kita ikhlas dalam melakukan sesuatu,  Allah akan mudahkan kerja kita. Mungkin bukan waktu kita lakukan perkara tu,  tapi di masa akan datang, disebabkan keikhlasan kita,  Allah akan mudahkan.  Walau sekecil mana pun tugasan yang diberikan,  Allah akan mudahkan dan orang akan nampak keikhlasan tu kalau mereka lihat dengan mata hati.  

Nasihat aku,  ikhlaslah dalam melakukan sesuatu tak kira apa yang kita lakukan.  Jangan buat sekadar melepaskan batuk di tangga.  Allah melihat segalanya. 

1 ulasan: