Life Is A Drama..

Logo KBBA

03 Disember 2017

Hikmah


Bila berlaku sesuatu musibah,  kita selalu mengeluh walaupun musibah yg kita hadapi tu tak seberat orang lain.  Kita lupa akan orang lain yang mengalami musibab yang lebih teruk dari kita. Kita rasakan yang kita lah paling malang atau paling teruk musibah yang kita hadapi. 

Tapi percayalah,  Allah takkan uji seseorang itu diluar kemampuan hamba-Nya.  Dia takkan uji kita sekadar apa yang kita mampu hadapi.  Walau sepahit manapun yang kita hadapi,  walau segetir mana pun keadaan yang kita lalui,  walau sesukar manapun halangan yang kita kena lalui,  Allah tahu kita mampu hadapinya.  Cuma masa yang menentukan. 

Setiap yang berlaku di dunia ni ada hikmahnya yang tersendiri. Memang sukar untuk hadapi sesuatu musibah,  aku akui perkara tu.  Tapi ingat,  ada hikmahnya yang akan kita sedar satu hari nanti.  Pahit untuk ditelan,  tapi itulah kemanisannya nanti.

Cuba kita fikirkan sejenak,  apa musibah yang pernah kita alami kononnya itulah yang paling teruk kita hadapi.  Kemudian fikirkan sekali lagi apa kejayaan yang kita dapat selepas berlakunya musibah tu? Itulah hikmah yang Allah bagi pada kita setelah kita berjaya lalui hikmah tu.  Itu contoh ya,  hikmah Allah ni dalam bermacam  cara. 

Jangan mengeluh,  jangan putus asa.  Percayalah,  perancangan Allah itu lebih baik. 

Tiada ulasan: