Life Is A Drama..

Logo KBBA

29 Disember 2017

Hemah Berbelanja Dengan MPay Mastercard


Hidup dalam zaman ekonomi yang tak menentu ni perlukan kita berbelanja dengan lebih berhemah,  tambah lagi sekarang ni,  harga petrol yang lebih banyak naik dari turun memerlukan kita berjimat sebaik mungkin.  Tapi boleh ke? 

Aku rasa memang boleh.  Tambah lagi dengan adanya Program Sahabat Negaraku yang akan melaksanakan Program Kad Negaraku MPay Mastercard yang diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP).  Program ni turut menerima sokongan daripada sekurang-kurangnya 15 buah NGO yang aktif dengan keahlian lebih dari 12,000 ahli. Selain tu,  program ni turut menjemput semua NGO untuk bekerjasama untuk semarakkan Negaraku menerusi penganjuran aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.


Okay,  aku nak cerita sikit tentang Program Kad Negaraku MPay Mastercard,  ianya dijangka akan mengumpul lebih 200 pengguna kad dari kalangan ahli NGO yang tinggal di kawasan Lembah Klang.  Untuk makluman korang,  Program Kad Negaraku MPay Mastercard ni diusahakan dengan kerjasama secara eksklusif dengan pihak Managepay System Berhad (Kumpulan MPay). 

Pengasas KSP,  Dr Mohd Zamri berkata, Program Sahabat Negaraku akan secara konsisten memperkenalkan Program Kad Negaraku MPay Mastercard di seluruh negara,  tapi secara permulaan dimulakan di Selangor dan Kuala Lumpur.


Jadi,  macam mana nak berbelanja secara berhemah dengan MPay Mastercard ni? Pengarah Urusan Kumpulan MPay,  Datuk Chew Chee Seng berkata,  produk yang disediakan ni amat berbeza dengan kad diskaun yang ada dalam pasaran sekarang. 

Macam yang dimaklumkan oleh Datuk Chew dekat semua yang datang malam tu,  kad ni dianggap sara hidup digital yang memberikan peluang kepada pemegang kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan disediakan dengan harga lebih jimat.  Maksudnya,  dengan harga yang lebih murah.


Apa yang menarik,  korang bukan ja boleh gunakan kad ni untuk beli barangan keperluan harian,  tapi untuk kehidupan sosial korang macam beli barang online,  tengok wayang,  berhibur di taman tema,  pindahan wang dan lain-lain lagi. 

Yang lagi menarik,  MPay sentiasa menawarkan secara bulanan penjimatan bagi produk terpilih dan bersesuaian dengan pengguna kad. 

Untuk pengetahuan korang,  Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard akan dilancarkan sepenuhnya menjelang 2018. So,  kalau korang nak berjimat,  korang tunggu la pelancaran Kad Negaraku MPay Mastercard nanti okay.  Aku yang dengar taklimat dan penerangan tentang kad ni pun dah teruja sebab memang jimat gila dan tak terhad untuk beli barangan keperluan ja,  tapi termasuk untuk hiburan.

2 ulasan:

Ujang9897 berkata...

ada point tak

SalinaJohari berkata...

Cam menarik je kad ni Fir...tak sabar lak nak mohon klu betul byk penjimatan. Zaman sekarang ni semua kena berjimat cermat.