Life Is A Drama..

Logo KBBA

20 Disember 2017

Bila Sampai Musim Mengidam



Susah betul jadi orang yang kuat makan ni.  Haishhh...  Kejap-kejap teringin nak makan itu ini.  Kadang yang teringin tu senang ja nak dapatkan,  tapi nak pergi mencari tu malas betul.  Even ada delivery pun, nak mengorder tu memang malas gila.  

Baru ni,  aku teringin nak makan mushroom soup dengan garlic bread.  Tapi tak pergi cari pun even Pizza Hut dalam 5 minit je dari rumah sewa aku and ada delivery.  Tapi,  malas punya pasal,  tahan je la rasa mengidam tu.  Bila tengah malam sikit  teringin pulak apam balik.  Mana la nak mencari ni. 

Kenapa aku teringin? Semua nya sebab dok tengok gambar di Facebook dan Instagram kawan-kawan aku.  Makanan biasa, tapi nampak menyelerakan.  Tambah lagi aku agak lama tak makan semua tu. Tu sebab teringin tu.

Aku rasa la kan,  kalau bini aku mengandung nanti,  yang mengidam tu bukannya bini aku,  tapi aku yang mengidam nanti.  Kalau yang senang cari tak apa laz buatnya yang susah cari? Mati la nak oiiii...

1 ulasan:

Noriza Abdul Rahman berkata...

Macam saya la nih, yang mengandung si isteri tapi suami pulak mengidam nak makan nasi kandaq lah, cendol lah,aduhai