Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Disember 2017

Aura Orang Lama

Google
Aku tahu agak terlambat nak update tentang konsert akhir Gegar Vaganza.  Tapi saja je la nak update jugak.  Heheheheh... 

Malam final tu,  aku dah dapat agak Aisyah akan menang Gegar Vaganza memandangkan persembahan dia,  solo dan battle,  memang mantap gila.  Dan memang menepati jangkaan ramai orang  Aisyah akan bersaing rapat dengan Liza Hanim.  Antara dua tu memang diramal jadi juara.  Tapi rezeki berpihak kepada Aisyah sebab aku rasa,  memang best gila.  A living legend bak kata peminat-peminat dia la kan.  

Walaupun aku ada tak puas hati tentang kemenangan Hazami malam tu,  tapi nak buat macam mana kan,  juri lagi tahu berbanding aku ni.  Hahahaha.. 

Kemenangan Aisyah malam tu buat aku terfikir. Aura orang lama ni jangan sesekali dicabar.  Jangan sesekali  dipertikaikan sebab pasti susah nak lawan.  Orang lama ni kadang dia tak tunjuk pun taring di awal-awal.  Tapi di kemuncaknya,  you will be speechless dear.  

Tak kisah la dalam apa perkara sekalipun,  orang lama banyak pengalamannya.  Dorang lebih banyak makan garam dari kita yang kononnya dah kenal dunia ni.  Walaupun berbeza zaman,  tapi sedikit sebanyak,  pengalaman orang lama ni membantu kita untuk perbetulkan cara hidup kita. Jadikan panduan yang mana boleh.  Pengalaman pahit dan manis orang lama tu memang berguna untuk kita yang baru nak kenal dunia ni.  Jadi,  jangan sesekali pandang rendah dengan orang lama.

Tiada ulasan: