Apa yang menarik dalam KL Wangan?


Minggu lepas aku terima jemputan untuk menyaksikan tayangan perdana filem baru,  KL Wangan yang akan ditayangkan pada 21 Disember ni.  Walaupun filem aksi kereta ni bukanlah minat aku sangat,  tapi disebabkan aku tak ada buat apa-apa malam tu dan cuba nak alih minat untuk tengok filem genre lain,  so aku pun pergi la ke GSC Pavillion dengan beberapa rakan blogger lain. 


Sebaik wayang bermula,  dah diberi pengenalan tentang latar belakang salah satu watak utama dalam filem ni.  Awal-awal lagi dah ada aksi gaduh-gaduh.  Hehehehe... 

Kemudian diteruskan lagi dengan aksi lumba kereta dari mula cerita hinggalah penghujung cerita.  Sepanjang satu jam setengah cerita,  aku boleh kata 90 peratus adalah aksi-aksi lumba kereta.  Dan yang menarik perhatian aku dalam wayang ni,  pengarah pandai menarik minat peminat kereta dengan info-info berkaitan enjin kereta dan sebagainya.  


Cumanya,  sepanjang satu jam setengah tu,  aku ada garu kepala beberapa kali sebab jalan cerita yang agak bercelaru dan memeningkan.  Mungkin jugak aku ada terlepas beberapa babak yang jelaskan tentang jalan cerita,  tak tahu la kan. Cumanya bila aku tanya dengan beberapa kawan yang lain,  memang jalan cerita agak memeningkan.  Mungkin kalau ada sambungan,  pengarah dapat jelaskan lagi jalan cerita untuk siri pertama ni.  

Oh,  mungkin ramai tak tahu,  Wangan ni apa? Perkataan 'wangan' ni diambil dari bahasa Jepun.  Wangan-Sen ataupun dikenali sebagai Bayshore Route merupakan salah satu lebuhraya di Jepun yang selalu digunakan sebagai tempat perlumbaan kereta pada waktu malam. So kalau untuk KL Wangan ni,  maksudnya perlumbaan kereta di Kuala Lumpur la.  


Berbeza dengan filem aksi kereta yang lain yang pernah dikeluarkan di Malaysia,  KL Wangan banyak fokuskan pada perlumbaan kereta dan babak lain sekadar perasa je dalam filem ni.  

Filem ni dibintangi oleh Faizal Hussein,  Pekin Ibrahim,  Kazuto Soon,  Jasmine Suraya dan Emily Lim. 

So,  kalau korang nak tengok cerita ni,  jangan lupa ke panggung berdekatan pada 21 Disember ni. 

Sinopsis : 

Mengisahkan Hong dan Yudi yang ada sejarah yang panjang dalam perlumbaan drag. Mereka bermula dari bawah hinggalah mendapat kepercayaan memandu kereta berkuasa besar.

Selepas sekian lama tidak menyertai sebarang perlumbaan berikutan sibuk dengan perniagaan masing-masing, mereka bertemu di jalan raya. Ketika berlumba, Hong kemalangan.

Hong cuba mencari pemilik kereta yang menyebabkan dia kemalangan tanpa menyedari kereta itu sebenarnya milik Yudi.

Bermulalah pelbagai agenda dan pergelutan yang akhirnya menemukan mereka dengan Ejay. Siapakah Ejay? Apakah kaitan Ejay dengan Hong dan Yudi?

Catat Ulasan

4 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)