Life Is A Drama..

Logo KBBA

02 Disember 2017

Akhirnya Berjumpa Dengan Tokey Mee Udang Viral

Rasanya dah dekat dua tahun aku berkawan di Facebook dengan Kak Laila,  tokey mee udang dan telur ikan mayong yang geng-geng blogger duk selalu pergi tu.  Mee udang dan telur ikan mayong dia pulak selalu dah viral dekat Facebook.  Aku cuma mampu tengok dari jauh ja la... Huhuhu... 

Dok berbalas komen,  dok like satu sama lain,  tapi jumpanya tak pernah pun.  Asyik nyaris-nyaris nak berjumpa ja. Ada ja halangan nak jumpak tu. 



Tapi kebetulan malam tadi aku ke sana dengan family 'kawan' aku,  akhirnya bertemu empat mata jugak dengan kak Laila ni.  Itu pun nyaris-nyaris tak jadi sebab dua tiga hari sebelum tu,  kak Laila cakap mungkin dia balik kampung.  Nasib baik tak jadi,  kalau tak,  kempunan lagi nak jumpa. 

Lagi pun,  ada rahsia sikit antara aku dengan kak Laila ni.  Rahsia ke? Hahahahha... Tetttt... Ada la sikit rahsia.  Terima kasih kak Laila... Hahahaha...  

1 ulasan:

Nadia Johari berkata...

kita jumpa sekali je..tapi bukan kat kedainya..nak pergi kedainya ni..nak ajak la husbna