09 November 2017

Unfriend di Facebook?


Seingat aku,  sejak aku ada akaun Facebook tujuh atau lapan tahun lepas,  hanya ada dua atau tiga kali ja yang aku unfriend atau block dari follow aku di Facebook.  Aku memang jarang 'cuci'  kawan di Facebook ni walaupun aku rasa,  suku dari kawan-kawan di Facebook tu,  aku tak kenal langsung.  

Mana yang aku unfriend atau block tu pun bersebab dan sebabnya,  bagi aku agak kukuh la.  Kiranya memang tak boleh aku terima apa yang dia buat dekat aku.  Kalau orang block atau unfriend aku tu,  aku tak tahu la kenapa walaupun aku tahu siapa yang unfriend aku tu. 

Tak apa la,  janji ada memori bersama walaupun tak lama... So tak perlu risau.  Orang yang aku unfriend tu masih boleh tengok Facebook aku sebab aku dah set kan pada public.  Masih boleh stalk. Hehehe.

Untuk approve 'kawan'  baru pulak,  sekarang ni aku agak selektif.  Masa mula-mula buat Facebook dulu,  memang aku approve semua orang yang add aku,  tapi sekarang ni,  tak semua aku approve.

Aku akan tengok profile dulu dan terutama sekali,  mutual friend.  Kalau ramai mutual friend,  memang aku approve walaupun aku tak berapa kenal 'kawan' baru tu.  Kalau setakat ada sorang dua mutuak friend,  aku mungkin ambil masa sikit nak approve.  Kalau tak ada mutual friend,  tapi aku kenal walaupun sekejap,  aku akan pertimbangkan untuk approve.

Bukan apa,  sekarang ni banyak fake account,  jadi aku taknak bazirkan kuota friends FB aku.  Rugi wooo walaupun aku masih ada lebih kurang 3,500 kekosongan lagi. 

5 ulasan:

  1. akak ada beratus frens request yang sedang menunggu termasuk ex bf hahahhaha tggu masa gue block dia sibuk je hahahhaha

    BalasPadam
  2. Saya sejak2 FB personal dah jadi tmpat bisnes online ni, friend pun dah cukup 5000 tp masalahnya org2 yg xberminat pun nak membeli. Banyak yg pm bnda yg xptot. Jadi mmg kne 'cuci' selalu friendlist. Jom singgah blog sy https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. retis betul firr ni, haha! IQ dari dulu amalkan macam tu, serik macam2 jenis orang ada...sekarang kuota ting 2000++.

    BalasPadam
  4. Mama pun Sama. Sebelum Accept mama check dulu mutual friend

    BalasPadam