Selama berminggu kerja tanpa ada sebarang percutian selepas balik dari Tambun, memang aku tak ada bercuti ke mana-mana walaupun dalam KL. Tension ooo walaupun tak ada la tension sangat cuma rasa nak lari ja dari KL ni.
Kebetulan, hari ni aku dengan tujuh lagi member blogger ke Tanah Aina Fahad, Raub, Pahang. Excited juga nak ke sini lepas aku tengok dalam website dan instagram Tanah Aina. Untuk pengetahuan korang, Tanah Aina ni ada beberapa macam Tanah Aina Farah Soraya, Farhana, Fareena, dan Azareena. Tapi kitorang ke Tanah Aina Fahad dan dengarnya baru dibuka.
Walaupun cuma dua jam dari KL, tapi disebabkan melalui jalan kampung, memang terasa agak jauh la. Tapi bila dah sampai, mak aiii, tenang ja rasa sebab dikelilingi hutan dan yang paling aku suka, ada sungai. Boleh dengar bunyi air sungai yang memang kesukaan aku.
Oh.. By the way, kitorang tidur dalam glamping tau. Kali kedua untuk aku sebenarnya dan bagi aku, glamping kat sini agak unik sikit susunan dia. Macam biasa, satu glamping untuk empat orang, tapi di Tanah Aina Fahad ni, susunan katil single dan korang ada la privasi sikit.
Aku tak habis explore lagi dalam satu hari ni. Aktiviti kitorang hari ni cuma jungle trekking dan mandi-mandi dalam air yang cukup sejuk dan segar....
Tenang otak aku bila dapat bercuti dekat sini. Terasa macam duk kat kampung. Nanti aku cerita sikit tentang Tanah Aina Fahad ni...
11 Ulasan
Bestnya!! Tak ada rezeki nak ke sini kali ni.. InsyaAllah next time nak pg.
BalasPadamWahh seronok laa Firr dapat g sana kan kan kan ..ok nnt akak si ggah baca okey..
BalasPadamSelesa laa glamping gitu
BalasPadamSeronoknya percutian back to nature ni, kita suka!
BalasPadamjeles sebenarnya tengok gambar korang kat sana. hahaha!
BalasPadambestnya fir, nnti bawak aku ehh
BalasPadamseronoknya back to nature..
BalasPadamSalam En. Firz.
BalasPadamSaya Yatie Shahrom, Coordinator Tanah Aina Sdn Bhd mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak CEO TASB YBhg Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil.
Kami amat gembira tentang kehadiran En. Firz dan teman teman kerana sudi menginap di Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Kg. Peruas Ulu Dong Raub.
Terima kasih tak terhingga atas penghargaan En. Firz yang berpuashati dengan layanan staff, penginapan dan makanan.
Besar lah harapan kami En. Firz dapat mengunjungi resort kami Tanah Aina Farrah Soraya di Jalan Tras Raub (jalan lama ke Frasers Hill) dan Restoran & Cafe Tanah Aina Fareena yg akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 di KM54.3 Karak Highway.
Untuk inquiry or booking plse email to booking.tanahaina@gmail.com or contact
Ms. Hana 0162159252
Ms. Malou 0192827012
www.tanahaina.com
Terima kasih.
Terima kasih kepada pengurusan Tanah Aina Fahad dan TASB... Insya Allah kita jumpa lagi.
PadamSangat tenang dan best!
BalasPadamMenarik sgt tmpt ni. Nk rpeat
BalasPadamTinggalkan komen anda di sini...
Emoji