01 November 2017

Tak Kisah Walau Tak Berjenama Asalkan...

Bagi orang yang bersaiz comel macam aku,  bab jenama kami ni takda la nak memilih sangat dalam mencari pakaian asalkan ada saiz yang kena dengan kami pun dah cukup.  Tak perlu la nak cari jenama-jenama famous.  Kalau ada saiz,  cukup la sekadar yang tu pun. 

Kalau ada yang berjenama  yang ada saiz-saiz comel ni,  kiranya rezeki kami la untuk merasa sikit pakaian yang mahal,  kalau tak ada pun tak kisah sangat sebab tahu dah,  selalunya yang berjenama ni,  saiz paling besar pun XXL.  Itu pun kadang bila pakai sama sendat dengan badan sebab tak ikut sangst saiz badan orang Malaysia.  Contohnya XXL tu sama dengan XL atau L orang Malaysia.


Memang kadang-kadang jeles jugak tengok baju yang saiz kecik ni banyak yang cantik-cantik designnya.  Memang teringin nak pakai,  tapi bila cari saiz,  tak ada atau tak muat,  jadi terpaksa la cari pattern lain yang ada saiz aku.  

Bila ke kedai,  tengok baju saiz besar,  sedih pun ada dengan design dia,  kononnya orang besar ni tak pandai nak bergaya.  Jadi design pun lebih kurang atau tak menarik langsung.  Nak tak nak,  terpaksa la beli jugak sebab teringin baju baru.

Disebabkan masalah macam tu,  aku jarang beli baju baru.  Pakai yang mana ada je la. Selagi ni boleh pakai,  aku pakai je.  Sebab tu ada yang tegur aku,  tak ada baju lain ke untuk aku pakai.  Habis tu,  kalau dah baju yang cantik pun tak ada saiz,  nak beli apanya. 

Tapi kan,  kalau aku dah jumpa kedai yang jual baju saiz besar,  memang aku ke situ je la untuk membeli.  Malas nak mencari kat kedai lain sebab takut kecewa lagi... Hohoho

1 ulasan: