Life Is A Drama..

Logo KBBA

06 November 2017

Sambal Hitam Pahang Sedap


Aku duk tengok beberapa kawan blogger dah cuba sambal hitam Pahang ni. Memang ramai cakap sedap gilaaaa.  Tapi aku tak pernah cuba lagi sebab tak berapa teringin nak mencuba apa lagi.  Tak tahu kenapa aku tak teringin nak mencuba sedangkan,  kalau bab makan,  aku laju ja nak try,  tambah lagi,  kalau tu makanan yang famous. 

Baru-baru ni, aku ada dapat dua botol Minz Sambal Hitam Pahang,  sambal hitam Pahang ikan talang dan sambal hitam Pahang bilis basah.  Comel je botol dia.  Jujurnya bila dapat botol ni,  aku biasa ja. Macam 'alaaa,  nanti-nanti la cuba.'  Atau aku bawa ke office dan bagi member ofis aku rasa dan komen.  Sebab tak teringin nak rasa.  Kejam kan bunyi? 

Tapi disebabkan hari ni aku sampai ofis awal,  sorang.  Jadi dengan berbekalkan nasi lemak yang aku dah beli,  aku buka la yang sambal hitam ikan talang. Aku bau dulu,  not bad,  tapi tak berapa merangsang rasa lagi.  Okay,  lepas tu aku rasa sesudu sambal hitam tu,  hermmm...

Fikir dan fikir macam mana rasa dia,  tak sedar tangan aku dok menyuap nasi lemak bertemankan sambal hitam tu.  Selalu rasa biasa je nasi lemak makcik tu,  tapi hari ni terlebih sedap pulak.  Kenapa eih?  Bila tengok balik,  ooo....  patut la sedap semacam sebab aku cedok sekali dengan sambal hitam ikan talang ni.  

Tengah hari pulak,  aku beli nasi goreng kampung dan makan dengan sambal hitam ikan bilis.  Perghh... Heaven.  Ini kalau makan dengan nasi putih memang lagi sedap ni. Tak kira la ikan bilis atau ikan talang,  dua-dua sana sedap.  Tapi personally,  aku suka yang ikan talang lagi sebab rasa ikan seketul-ketul tu best... Hehehehe... No wonder la yang sambal hitam Pahang ikan talang ni jadi hot item dekat Minz Sambal Hitam Pahang. 

Rasa sambal hitam ni macam mana? Aku nak gambarkan pun tak tahu macam mana.  Tapi bahan-bahan dia ikan bilis/ikan talang,  bawang,  minyak masak,  belimbing buluh,  cili api,  gula dan garam. So lengkap semua rasa.  Masam tak berapa masam,  cuma hujung lidah je,  pedas tak pedas sangat.  Kira memang ngam la dengan tekak orang yang tak makan pedas atau yang makan pedas. Sebab orang yang tak teringin nak makan pun dah jatuh cinta. Kena repeat lagi lepas ni. 

Okay, kalau korang nak order,  boleh ke media sosial dorang okay.. 

Tel : 017 206 1566

4 ulasan:

Lynda Che Lah berkata...

Fir takyah order byk sgt ye. Nanti tak cukup utk Lynda 😜

Minionlicious Enterprise berkata...

hehe..tq fir..

Nina Mirza berkata...

Habih laaa... Fir dah rasa!
Pasni dia aje dok order

IQ = Izyan Balqis berkata...

memang sedap kan? IQ pun dah dua kali makan sambal hitam ni, laju terus makannya...haha!