Life Is A Drama..

Logo KBBA

12 November 2017

Mini Reunion Geng Tourism UiTM Permatang Pauh

Alhamdulillah,  lepas beberapa tahun tak jumpa,  rasanya dekat lapan tahun jugak la,  akhirnya dapat jugak aku jumpa beberapa orang geng diploma pengurusan pelancongan UiTM Pulau Pinang batch 2009-2012 dekat kenduri kahwin kawan sekelas aku di Pandan Indah. 

Itu pun tak semua la,  ada la dalam 7 orang tak termasuk pengantin.  Tapi cukup la untuk lepas rindu kejap.  Hehehehe... Kalau ikutkan,  ada lagi yang nak datang,  tapi tak sempat la sebab dorang datang lambat,  hahahaha... Sebab lepas kenduri tu,  aku dengan Kiyah and Sha ke Seremban.  Saja jalan-jalan ke rumah kawan aku. 


Dalam ramai-ramai yang jumpa tu,  ada la dua tiga orang yang memang kami selalu jumpa dan contact.  Yang lain,  setakat berwhatsapp ja la dekat group.  Itu pun ada yang aktif,  ada yang tak berapa aktif. 

Apapun,  selamat pengantin baru fika.  Semoga ikatan pernikahan kekal sampai ke syurga. 

Semoga ikatan persahabatan yang dibina ni kekal sampai bila-bila... 

1 ulasan:

nashya (นิชคุณ) berkata...

Wahhhh senior-senior sekalian :D