Meatball Naga Berapi vs Cheese Banjir


Sekarang ni,  makanan yang bertemakan cheese memang selalu menarik perhatian ramai orang.  Pantang ada makanan yang ada letak cheese,  laju ja viral dekat Facebook. 


Kali ni,  aku nak cadangkan dekat korang untuk try ke Cheese Banjir kat Desa Pandan sebab memang cheese yang diletak dekat makanan tu,  'banjir'  gila.  Bukan setakat nama je cheese,  tapi cheese nya cuma rasa dekat hujung lidah.  Tapi dekat Cheese Banjir ni,  memang cheese tu nampak dekat mata dan terasa dekat lidah... Gitteww.... 



Bila menu pilihan dibawa keluar satu persatu,  tergamam weh.  Tambah-tambah lagi Lamb Grill The Hulk sebab tengok cheese yang dituang tu melimpah gila.  Penuh pinggan cheese dia and disediakan sekali dengan spaghetti,  coleslaw dan mash potato.  Nyummy... 


Asam pedas tenggiri atau Tenggiri Aquaman pulak,  dihidangkan dalam claypot dan masa sampai,  memang nampak menggelegak lagi la.  Sedap kalau makan masa panas.  Lepas tu,  masa aku rasa asam pedas tu,  perghhh... Pekat, pedas dan manis ikan tu memang terasa.  Makan dengan nasi panas dan ulam-ulam... Bertambah weh nasik kalau makan dekat rumah ni.

Udang Gourgon Butter.  Ini aku tak boleh cakap apa.  Perfect.  Rangup dan manis udang memang cukup dah. Boleh jadi 'peneman'  kalau makan dengan asam pedas tu.  Meratah pun layan. 


Dannnnnn... Tibalah masa dan ketikanya...  Menu istimewa untuk bulan November,  Meatball Naga Berapi yang besar gilaaaa... Tadaaaaaaa.... 



Dihidangkan dalam talam,  bebola daging ni memang besar, dan dalam bebola daging tu ada kejutan... Hehehe... Dalam tu ada spaghetti yang sedap yaaa amat... Dalam talam tu ada jugak coleslaw,  mash potato and crispy prawn dan french fries.  Jadi,  ni memang set untuk keluarga la termasuk untuk yang ada anak kecil.  TAPI INGAT... MEATBALL NAGA BERAPI ni hanya untuk bulan NOVEMBER ja tau.  Tapi kemungkinan besar akan dilanjutkan sikit.


By the way,  bebola ni memang besar tau.  Jadi,  satu hidangan ni sesuai untuk dimakan lima atau enam orang sebab bebola daging tu tebal dan sedap. Tambah lagi ada 'side dish'  tu. So memang kenyang la kan... 



Bagi yang hantu cheese atau yang nak cuba menu baru,  aku cadangkan korang ke sini.  Boleh Waze 'Cheese Banjir'  di Desa Pandan atau alamat penuh Restoran Cheese Banjir,  Lot G10,  G-Village,  Jalan 1/76D, Desa Pandan, Kuala Lumpur. Kalau nak booking meja,  korang boleh call 017-252 0031. Confirm puas hati punya la.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Wahhh memang besar portion dia, sangat sesuai makan² dengan keluarga ni.

    BalasPadam
  2. kalo makan hari2 confirm aku gemuk.hahaha

    BalasPadam
  3. Sedapnya.. Kalau dekat ni mesti dah jadi destinasi pilihan.

    BalasPadam
  4. sedap cheesenya, leleh! nak pergi lagi, nak rasa lamb grill dia!

    BalasPadam
  5. Asam pedas tenggiri atau Tenggiri Aquaman .. tak pernah makan lagi. rasa nak try ...

    BalasPadam
  6. Sos cheese nya memang sedap giler..!! Puashati laa... Sesuai ngan nama Restoran - Cheese Banjir
    Terbaik!

    BalasPadam
  7. Sebab dah tau tempat boleh repeat tau Fir.. Jom asam pedas

    BalasPadam
  8. peminat cheese wajib datang makan dekat sini.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)