Life Is A Drama..

Logo KBBA

27 November 2017

Jangan Tunjukkan Diri Sendiri Lemah

Google

Ahad lepas,  aku tengok Gegar Vaganza minggu kelima secara live di Youtube.  Iyalah,  TV cuma ada channel yang basic ja,  tengok dekat Youtube je la jawapannya.  Itu pun jenuh cari line dalam 'gua'  tu.  

Aku tak nak komen pasal persembahan minggu ni sebab aku bukannya pakar pun.  Cuma aku nak cakap tentang pesertabyang tersingkir minggu ni,  Elyana.  Jujur aku cakap,  dari awal lagi aku memang dah jangka yang Elyana akan tersingkir awal dari pentas Gegar Vaganza.  Lagi pun dengan persembahan malam tadi, Elyana memang aku jangkakan tersingkir.  

Tapi bila Elyana bagi ucapan malam tadi,  aku sangat terkejut bila dia cakap dia ada kanser tahap 4. Aku yakin,  semua yang tengok Gegar Vaganza malam tadi terkejut dengan pengakuan Elyana sebab memang tak nampak langsung yang Elyana menghidap kanser.  Macam orang sihat dan bertenaga. 

Dari situ,  aku terfikir sesuatu,  Elyana sembunyikan kelemahan dia untuk elakkan orang-orang yang rapat dengan dia rasa sedih.  Mungkin ahli keluarga dia dah tahu tentang penyakit dia,  tapi macam mana dengan peminat dia? 

Dia pandai sembunyikan kelemahan dia untuk elakkan orang yang rapat dengan dia bersedih. Kalau kita lemah,  orang-orang yang rapat dengan kita pun akan ikut lemah.  Trust me. Tunjukkan diri kita kuat dan orang sekeliling kita pun akan kuat.  Positifkan diri dan be happy.  Memang sedih ada penyakit yang merbahaya macam tu,  tapi mahu atau tidak,  kita tetap kena hadapinya.  Kena ingat,  Allah tak akan menguji seseorang di luar kemampuannya.  Mana tahu,  kuasa Allah,  bila kita redha dengan ketentuannya,  Allah sembuhkan segala penyakit yang kita hadapi.  

1 ulasan:

Leyla Nurjatiey berkata...

terkejut jugak dgar berita ni..kuatnya dia..