Life Is A Drama..

Logo KBBA

28 November 2017

Drama Hidup FMR Berubah Wajah


Drama Hidup FMR Berubah Wajah | Hampir 9 tahun aku berblogging,  selalu yang bertukar hanya header dan template yang lebih kurang sama ja.  Header pun kadang-kadang sampai dua tahun baru aku tukar.  Itu pun kalau rajin la untuk aku design baru.  Kalau tak,  guna je la header yang sama sampai aku sendiri naik jemu.

Tapi,  baru ni aku terasa macam nak buat pembaharuan la kononnya,  aku minta kawan aku,  Arfaees (boleh pm dia untuk minta dia design header,  poster dan sebagainya)  untuk design satu header tanpa ada muka aku dekat situ.  Bagi segar sikit blog aku dengan gaya baru dan menarik.

Dan lagi satu,  aku pun dah ada domain sendiri memandangkan aku nak bagi nafas baru dekat blog,  jadi aku pun minta sorang lagi kawan aku untuk belikan domain untuk blog aku ni.  Aku tak tahu nak beli macam mana,  so aku mintak tolong dia belikan sebab dia yang akan design blog aku ni.  Lepas ni kena belajar sendiri la termasuk kalau aku nak ubah template nanti. Heehehehe... Insya Allah,  dengan nafas baru blog aku ni,  mungkin aku akan rajin lagi update blog.

4 ulasan:

Lisa Nurulain berkata...

belajar la sendiri.. domain tu jgn lupa tarikh langgan , kang tak rnew takleh accces hahaha

PERMATABIRU berkata...

gud luck fir

YB Shehan berkata...

Tahniahhh

Lynda Che Lah berkata...

Lama tu 9 tahun. Suka tgk wajah baru. Tapi Lynda jenis suka tukar2 design. hehe..